PART 4

2.1K 91 1
                                    

BAHU Airel ditepuk perlahan dan jejaka itu mencelikkan mata nya perlahan.

"Awak tak kerja ke harini? Badan panas." Hyura menyentuh dahi dan leher suami nya panas saja. Dia segera mengambil kain dan melangkah ke bilik air untuk dibasahkan.

Hyura mengelap wajah dan dada suami nya supaya sejuk sedikit. Rambut itu dirapikan dengan jari jemari.

"Saya turun buatkan bubur sekejap. Awak ada nak apa apa ke?" Airel mengeleng kepalanya tanda tidak mahu apa apa. Dipandang isterinya yang melangkah keluar dari bilik.

Sambil Hyura menunggu bubur kembang, dia mencari ubat demam terlebih dahulu.

DULANG dibawa berhati hati dan diatur langkah masuk ke dalam bilik. Hyura meletakkan dulang di atas almari kecil tepi katil.

"Awak sini makan dulu." Airel mengeleng kepalanya tanda tidak mahu. Dia tak nak Hyura menyuap nya dan dia tak nak makan apa Hyura masak.

"Awak kena makan dulu meh saya suapkan."

"Aku tak nak." Airel tetap berkeras.

"Kalau awak tak makan nanti perut kosong. Saya tolong suapkan awak." Wajah Airel mula berkerut rimas.

"Aku cakap tak nak, tak nak lah!" Dia menepis tangan Hyura dan disebabkan tepisan tu bubur yang masih panas mengenai lengan isterinya.

"Argh." Hyura menjerit kecil. Airel terkejut dan dilihat lengan Hyura sudah merah.

"Hyura." Perlahan Airel memanggil. Hyura meletakkan mangkuk yang berisi bubur tadi di dulang semula.

"Tak apa lah kalau awak tak nak makan lagi." Telefon Hyura berdering menandakan ada panggilan masuk.

"Saya tak masuk office harini. Apa apa meeting pindah tarikh minggu depan." Ujar Hyura sambil bangun untuk ke tandas.

Airel menoleh memandang bubur tu. Perasaan bersalah hadir dalam diri nya. Dilihat Hyura melangkah keluar dari bilik air dan lengan isterinya seperti melecur kerna bubur tu masih berasap dan baru sudah dimasak.

Lengan tu dibalut oleh Hyura dan setelah siap dibalut, dia mencapai dompet duit nya.

"Saya nak pergi kedai belikan coolfever awak. Sekejap lagi saya balik." Hyura mengatur langkah keluar dari bilik dan pintu tu ditutup rapat.

Airel bangun menyandarkan badan nya di kepala katil dan dicapai mangkuk bubur itu. Dia cuba dengan hujung lidahnya. Sedap.

Dia mula menjamah bubur yang dibuat oleh isterinya. Tak tawar tak terlampau manis. Memang kena dengan tekak yang dia tengah sakit.

Licin. Dia meletakkan semula mangkuk tu di tempat asalnya. Ubat demam di ambil dan disumbat dalam mulut lalu air kosong diteguk rakus.

TUAN AIRELWhere stories live. Discover now