PART 36

1.4K 52 0
                                    

HYURA mendekati suami nya yang sedang membuat kerja di sofa ruang tamu. Kepala direbahkan di peha Airel.

"Kenapa sayang? Ada masalah ke?" Airel menoleh sekilas ke arah Hyura yang baring di atas peha.

"Tak ada apa pun. Saja nak manja dengan abang." Tangan kanan Airel mengusap kepala si isteri.

"Sekejap ya sayang abang nak buat kerja sekejap." Hyura menganguk kepalanya tanpa sikit pun hendak menganggu.

Mata memandang ke arah siling ruang tamu sambil menunggu Airel menyiapkan kerja nya.

"Kenapa sayang? You want tell me something?." Soal Airel dengan mata tak lepas dari laptop. Hyura hela nafas perlahan.

"Kehadiran saya menyusahkan abang ke?." Terpancul soalan itu dari mulut Hyura. Dapat dia dengari jari jemari Airel yang menaip di papan kekunci terhenti.

"Tak sayang. Masih fikirkan tentang kata kata abang dulu ke hm?." Diusap rambut tu perlahan. Hyura menganguk kepalanya.

"Saya takut kalau kehadiran saya akan menyusahkan abang." Dipandang wajah si suami.

"Abang minta maaf sangat atas kata kata abang yang melekat dalam fikiran sayang." Hyura ukir senyuman nya.

"Tak apa lah lagipun masa tu abang tak boleh terima saya lagi." Digengam erat tangan kasar si suami. Airel tunduk cium ubun ubun si isteri.

"Abang masih berhubung dengan Fadhira?" Soal Hyura ingin tahu walaupun jauh di sudut hati ada sedikit perasaan cemburu sekiranya Airel masih berhubung dengan bekas wanita nya.

"Untuk apa abang berhubung dengan dia lagi sayang? Abang dah ada isteri untuk dijaga. Dia tu masa lalu abang tapi sayang masa depan abang." Dicubit pipi gebu tu. Semakin lama semakin tembam dia lihat pipi isterinya.

"Saya percayakan abang tau. Jangan dua kan saya macam larva kuning tu." Dahi Airel berkerut hairan dan baru la dia faham. Dia tergelak kecil.

"Abang rela jadi kumbang tahi tu." Hyura melepaskan ketawa nya dan Airel tersenyum melihat si isteri ketawa.

"Nak buat biskut lah." Hyura bangun dari baringan nya dan bercicit berlari masuk ke dapur.

"Comel nya." Airel mendongakkan kepalanya di sofa.

Hyura mula melakukan kerja nya untuk membuat biskut coklat. Tiba tiba perut nya rasa nak makan biskut. Nak keluar beli, malas hendak bersiap. Ini pun dia pakai baju lengan pendek dan seluar track suit.

Airel melangkah masuk ke dalam dapur setelah kerja nya sudah siap. Dilihat isterinya fokus sahaja.

"Sayang nak buat biskut apa?" Soal Airel dan Hyura angkat muka.

"Biskut coklat." Terangguk angguk kepala Airel. Apa yang membuatkan isterinya bahagia dia hanya ikutkan saja.

Ditutup pintu oven dan tersenyum puas. Tak susah pun hendak membuat biskut. Dia menoleh memandang suami nya yang memandangnya.

"Geram pula abang tengok sayang ikat rambut tak kemas macam tu." Hyura tersengih dan dia mendekati Airel.

"Ikatkan." Rengek nya manja dengan kepala disenget ke tepi.

"Pusing." Airel memusingkan tubuh Hyura agar membelakangi nya. Dihuraikan rambut panjang itu.

"Siap. Kan kemas tu." Airel mengemaskan ubun ubun Hyura dan dicubit pipi si isteri.

"Abang ambil kesempatan." Ditepuk peha si suami.

"Biarlah abang nak cubit ke nak cium sekali pun." Ditekup kedua pipi tu dan digesel hidung nya di hidung Hyura.

TUAN AIRELWhere stories live. Discover now