MASUK saja dalam office bagai hendak pecah kepala bila file bertimbun!. Baru saja tak masuk kerja empat hari dah macam gunung.
Hyura segera memulakan kerja nya dan dia sudah pesan pada staff nya bahawa dia tidak mahu diganggu.
Airel pula sudah sihat dari demam nya dan jejaka itu pula sudah mula masuk kerja.
Hyura menyiapkan kerja nya sehingga dia tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Di ambil keputusan untuk pulang.
Dicuba untuk menahan mengantuk ketika memandu. Risau jika terlelap pasti terbabas.
Setiba nya dirumah, dilihat lampu ruang tamu terbuka menandakan Airel masih belum tidur.
"Hm customer jantan bayar berapa pula untuk malam ni?" Masuk saja dalam rumah, Airel dan mula mencari pasal.
"Cukup lah awak. Saya tak nak gaduh lah." Letih hadap komputer seharian sampai kepalanya sakit.
"Kemain letih, customer badan sado ke yang penat semacam." Hyura berlalu naik ke bilik kerna tak tahan disitu. Dia mengantuk dan nak tidur bukan nak bergaduh benda tak masuk akal.
Dibuka coat nya dan diletak ke tepi. Dibiarkan t shirt putih saja di dalam dengan seluar kerja. Dia baringkan badan di sofa. Tak lama itu dia sudah hanyut ke dalam mimpi.
PAGI itu masing masing tidak bertegur. Hyura masih sakit hati dengan si suami nya dan lelaki tu? seperti biasa saja.
Hyura melihat tarikh dan dia harus bertolak ke Italy pada hari sabtu ini. Esok dia harus siapkan apa yang patut.
Airel dikejutkan dengan kehadiran bekas kekasih hati nya. Dia tersenyum melihat Fadhira.
"I miss you so much darling." Fadhira mendekati Airel yang duduk di kerusi kerja.
"I miss you too Dhira." Ujar Airel membiarkan Dhira memeluknya dari belakang.
"Jom kita lunch sama sama nak? I rindu nak borak dengan you." Airel melihat jam ditangan nya dan menganguk.
"Sure, I pun rindu nak borak dengan you. Jom." Fadhira merangkul lengan Airel dan mereka melangkah keluar dari office.
YOU ARE READING
TUAN AIREL
RomanceTuan Airel. Jika lelaki lain bermulut manis, berbeza pula dengan dia yang bermulut puaka. Apa saja yang keluar dari mulutnya pasti terasa sehingga ke dasar hati. Dia dinikahkan dengan seorang gadis yang mampu menahan segala kata kata yang menyakitka...