"SAYANG!" Terkejut Hyura yang hendak menghamparkan sejadah. Kening dijongketkan.
"Kenapa? Abang ni buat terkejut jela." Tergeleng kepala Hyura.
"Sabar sekejap. Tunggu abang ambil wudhuk." Dahi Hyura berkerut hairan dan bercekak pinggang.
"Hyura solat dulu lah. Abang pergi ambil wudhuk."
"Tak ada tak ada. Kalau tak boleh tunggu sangat. Nah! Padan muka." Disentuh lengan isterinya dengan selamba kerna Hyura masih belum pakai telekung.
Membulat mata Hyura dan diketap bibirnya memandang Airel yang menonong jalan masuk ke bilik air.
"Abang ni kan! Ada yang kena cekik sekejap lagi!" Bengang Hyura dan dia terpaksa ambil wudhuk sekali lagi. Dia masuk ke dalam bilik air dan Airel menoleh.
"Eh gelojoh nya. Sabar la bagi suami dulu." Ujar Airel dan Hyura memutarkan bebola mata nya tanda menyampah.
Pada malam itu, Hyura di imam kan oleh suami nya. Setelah beberapa lama dia menunggu saat ini akhirnya doa dimakbulkan oleh Allah. Tiada yang mustahil.
Airel menoleh ke belakang dan menghulurkan tangan nya. Hyura menunduk mencium tangan si suami.
"Sini." Ditarik Hyura agar baring di peha nya. Makin suka la Hyura bila Airel yang tarik dia.
"Ada satu hari tu kan." Hyura menganguk kepalanya menunggu Airel bercerita.
"Rasulullah marah dekat isteri dia si Aisyah. Masa tu Aisyah rasa takut." Airel mengusap kepala isterinya.
"Rasullah cakap dekat Aisyah, akfini ainak 'tutuplah mata kamu wahai Aisyah' dan Aisyah pun pejam kan mata dia. Rasulullah kata tagarabbi 'mendekatlah' dan Aisyah pun mendekati dan Rasulullah terus peluk isteri dia dan dia kata 'humairahku, marah ku telah pergi setelah memeluk mu.' " Airel tunduk mencium pipi Hyura.
"Sekiranya abang marah, peluk la abang. Dengan pelukkan hangat dari sayang, kemarahan abang boleh hilang sekelip mata." Terukir senyuman di bibir Hyura. Dia kirakan Airel tidak tahu dalam hal bergini tapi siapa sangka, lelaki yang mereka kenal yang sangat tak berhati perut dan menyakitkan hati rupanya seorang yang penyayang.
"Untuk hal dahulu, abang khilaf. Masa tu abang masih tak boleh terima kehadiran Hyura sebagai isteri abang. Abang sedar sakitkan hati isteri tu berdosa. Abang minta maaf sebab kata macam macam dekat sayang sampai abang pijak maruah sayang. I am sorry dear. Untuk hari ni dan kedepan nya, abang akan jadi suami yang terbaik. Itu janji abang pada Hyura." Mengalir air mata Hyura mendengar kata kata si suami.
Hati nya dapat rasakan bahawa Airel sangat menyesal atas apa yang dia lakukan. Dia juga tak salahkan Airel seratus peratus kerna mereka bernikah bukan lah atas dasar cinta melainkan keterpaksaan.
"Tak apa lah abang. Saya tahu masa tu abang tak boleh terima apa yang jadi. Khawin dengan orang yang abang tak cinta bukan keinginan abang." Ibu jari Airel seka air mata isterinya.
"Demi Allah, abang tak menyesal khawin dengan sayang. Allah dah susun cantik jalan hidup kita. Abang bersyukur dapat isteri yang sabar macam sayang." Ubun ubun menjadi tempat untuk dia labuhkan kucupan.
"Tentang Fadhira tu abang memang ada hati dekat dia ke ?" Airel mengeleng kepalanya tanda tidak.
"Tak ada sayang. Abang acah baik dengan dia sebab nak balas dendam apa dia buat dekat abang dulu. Nak patah balik dekat dia? Kirim salam dekat malaikat maut jelah yang. Tak ingin abang nak dekat dia." Hyura tergelak melihat wajah meluat Airel. Rasa kelakar.
"Sayang ikhlas cintakan abang? abang tak sebaik macam lelaki lain. Sayang pun tahu kan abang macam mana? Sekali buka mulut menyakitkan hati ja." Hyura usap pipi suami nya. Airel menunduk memandang anak mata cantik tu.
"Saya ikhlas cintakan abang dan terima semua baik buruk abang. Saya bukan Allah nak menilai abang. Tu bukan kerja saya, tugas saya adalah taat pada abang." Kata Hyura.
"Sini cium sikit." Hyura kirakan Airel mencium pipi tapi lain sasaran! Terkedu dia dan Airel tersengih miang.
"Miang lah abang ni!" Airel melepaskan ketawa nya.
"I get your firstkiss. Mengoda sangat." Hyura menjeling tajam.
YOU ARE READING
TUAN AIREL
Storie d'amoreTuan Airel. Jika lelaki lain bermulut manis, berbeza pula dengan dia yang bermulut puaka. Apa saja yang keluar dari mulutnya pasti terasa sehingga ke dasar hati. Dia dinikahkan dengan seorang gadis yang mampu menahan segala kata kata yang menyakitka...