"Airel, saya masuk kerja hari ni. Lengan saya pun dah semakin okeyh." Airel menoleh dan menganguk kepalanya.
"Kau pergi kerja guna kereta mana?" Soal Airel memandangkan kereta merc Hyura hari tu dan kemek disebabkan accident jadi tinggal kereta Airel saja dua biji di garaj.
"Saya nak minta pinjam kereta awak dulu boleh?" Risau juga kalau Airel tak bagi.
"Kau bawa la yang bmw tu. Tapi ingat, jangan ada calar sikit pun." Hyura menganguk kepalanya tanda faham dan Airel mengambil kunci kereta tu di laci.
"Nah." Hyura sambut huluran tu.
"Terima kasih." Dia menjinjat sedikit dan mencium pipi suaminya lalu keluar dari bilik.
Airel yang di dalam bilik masih terkaku dan disentuh pipi nya yang masih terasa kelembutan bibir si isteri.
ZAKUAN mengetuk pintu bilik office Hyura dan sebaik mendengar keizinan dia menerjah masuk.
"Hoi bak balik telefon aku. Suka suka hati kau ja kan ambil telefon aku." Hyura tarik laci tepi meja dan iphone Zakuan diserahkan semula.
"Kau memang setan lah! Habis kosong galeri aku." Hyura tarik senyuman sinis nya.
"Kurangkan storan." Selamba Hyura membalas dan dia fokus pada kerja nya semula kerna masih banyak benda nak kena siapkan.
"Kalau tak ada apa apa sila berambus dari sini. Kau tak penting." Tenang Hyura berkata dan Zakuan mendengus kasar.
"Kalau aku balik, rugi lah aku hari ni." Zakuan mendekati Hyura dan gadis itu mengangkat muka.
"Sebelum penumbuk hinggap dekat muka kau buat kali kedua lebih baik kau blah sekarang Zakuan." Menajam mata Hyura ke arah jejaka itu sehingga Zakuan menghentikan langkahnya.
"Alah kau ni aku nak tengok lengan kau ja pun dah aku dengar kau accident hari tu." Hyura mengecilkan mata nya.
"Macam mana kau tahu?" Hyura angkat kening.
"Lah aku kan ada dua telefon. Aku tengok status Reen." Ujar nya. Hyura bergumam saja.
"Sombong la kau ni. Tengok sikit lengan kau."
"Aih stop it. Aku okeyh lah. Terseliuh sikit ja pun." Rimas pula dengan si Zakuan ni acah caring.
"Okeyh okeyh. Tahu la nak aku balik, sabar la." Kata Zakuan.
"Siapa nak kau balik? Herh." Zakuan menoleh.
"Ouh jadi nya kau nak aku balik lah ni?" Dahi Hyura mula berkerut.
"Aku tak nak kau balik!" Zakuan bercekak pinggang tadi kemain halau.
"Eh kau ni nak aku balik ke tak nak?"
"Taknak!"
"Tadi kau yang halau." Hyura mengerutkan kening nya.
"Kalau kau nak balik rumah balik lah. Aku tak nak balik dekat kau." Zakuan meraup rambutnya ke belakang.
"Aku nak balik rumah la setan! Yang kau tak nak balik la apa la. " Hyura tersengih. Dia Ingatkan Zakuan kata balik dekat dia memang tak nak la.
"Syuh syuh." Halau Hyura.
"Yer bye sayang!" Zakuan melepaskan ketawa nya dan Hyura bergedik geli. Kalau Airel buat macam tu tak apa lah juga.
YOU ARE READING
TUAN AIREL
RomanceTuan Airel. Jika lelaki lain bermulut manis, berbeza pula dengan dia yang bermulut puaka. Apa saja yang keluar dari mulutnya pasti terasa sehingga ke dasar hati. Dia dinikahkan dengan seorang gadis yang mampu menahan segala kata kata yang menyakitka...