SEMAKIN lama semakin rapat hubungan Airel dengan Fadhira sehingga terkadang Fadhira berbicara soal perkhawinan.
"You, bila you nak ceraikan isteri you tu? You cakap you cintakan i kan?" Airel terdiam mendengar soalan itu.
"Sabar lah you. Cerai ni bukan mudah." Cemberut wajah Fadhira mendengar kata kata Airel.
"You khawin la dengan i dulu lepastu you ceraikan isteri you tu. Mesti dia tak suka bermadu kan?" Fadhira mula memberi cadangan gila. Airel mengeluh perlahan.
"You bagi cadangan macam ni you tahu ke kesan dia nanti macam mana?" Pening kepala Airel dengan sikap gelojoh Fadhira ni.
"Mesti lah I dah fikir. Kesan nya kita dua nanti akan hidup bahagia tanpa ada yang menganggu." Katanya dengan yakin.
"Lagipun apa yang you nak risau? You ada segala gala nya. Kalau you tinggalkan isteri you tu pun you tak akan rugi apa pun. You khawin dengan dia bukan atas cinta kan?" Hasut nya dan apabila Airel diam dia mengukir senyuman.
"Entahla Dhira. I tak nak fikir lagi hal ni. Dahla I nak balik." Airel bingkas bangun dari duduknya dan diatur langkah untuk pulang.
Fadhira ketap bibir dan dia mula mendapat idea bagaimana hendak membuat rumah tangga Airel dan Hyura hancur.
HYURA melepaskan keluhan berat dan disandarkan badan nya di sofa setelah pulang dari meeting.
Baru sahaja hendak lelapkan mata, notif dari telefon nya buatkan mata yang terpejam kini terbuka.
Ada mesej dari nombor yang tidak dikenali. Buka saja, dia beristighfar panjang dimana gambar suami nya sedang tidur bersama perempuan yang dia sendiri tidak kenal.
"Allahuakbar." Luluh hati seorang isteri melihat gambar tersebut. Telefon dicampak jauh dengan pipi mula basah dengan air mata.
"Ini yang awak buat belakang saya Airel?" Sesak dada Hyura bila terkenang gambar tersebut. Dia disini bekerja dan suami nya disana sedang curang.
YOU ARE READING
TUAN AIREL
RomanceTuan Airel. Jika lelaki lain bermulut manis, berbeza pula dengan dia yang bermulut puaka. Apa saja yang keluar dari mulutnya pasti terasa sehingga ke dasar hati. Dia dinikahkan dengan seorang gadis yang mampu menahan segala kata kata yang menyakitka...