"Kau ugut aku sangat kan!" Ditumbuk wajah Zakuan dan ditumbuk tanpa henti. Sakit hati dekat si suami turut dilepaskan pada Zakuan.
"Sakitlah sial!" Maki Zakuan dan Hyura merampas telefon milik jejaka itu dan disimpan dalam poket nya.
"Kau ingat aku ni lemah sangat? Silap orang kau nak cari pasal!" Dilepas koler baju Zakuan dan berlalu keluar. Zakuan mengesat bibirnya yang berdarah.
Hyura meraup rambutnya ke belakang dan fokus memandu untuk pulang. Dia cuma nak kan telefon Zakuan saja.
Pulang saja, lampu ruang tamu masih terang berderang menandakan Airel menunggu.
"Kau pergi mana Hyura?" Dia menunjukkan telefon tersebut dan dahi Airel berkerut hairan.
"Telefon siapa kau ambil tu?" Soal Airel.
"Zakuan." Ternganga Airel. Cepat betul boleh dapat. Tak akan la Zakuan senang senang bagi macam tu ja.
"Kejap kejap. Kenapa kura kura kau merah." Hyura mengaru pipi nya. Airel ni teliti sungguh lah.
"Saya tumbuk dia." Sekali lagi Airel tidak percaya. Hyura tumbuk Zakuan? Biar betul?.
Diatur langkah untuk naik ke bilik. Dia mahu godam telefon laki tu. Dilihat galeri Zakuan. Terkejut dia kerna banyak gambar perempuan seksi di dalam itu. Bukan gambar dia yang banyak tapi gambar perempuan lain. Gambar dia hanya ada dua keping saja. Kau memang setan Zakuan.
Hyura dah malas nak kesah pasal telefon jejaka itu. Yang dia tahu sekarang dia nak tidur. Malam ni dia tidur dibawah sebab belakang nya dah mula rasa sakit sebab tidur atas sofa.
Dia terlelap bergitu saja kerna mengantuk menguasai diri. Airel yang baru masuk ke dalam bilik, ternampak yang isterinya tidur di lantai.
PAGI itu, Airel bangun dari baringannya dan dilihat Hyura masih lagi tidur. Dia bangun mendekati isterinya.
"Hyura. Tak kerja ka hari ni?" Hyura mencelikkan mata nya dan mengeleng.
Airel bingkas bangun dan mencapai kain tuala untuk mandi terlebih dahulu . Setelah bersiap pakaian kerja dia menoleh memandang Hyura.
"Aku pergi kerja dulu." Airel mengambil bag kerja nya dan berlalu keluar dari bilik.
YOU ARE READING
TUAN AIREL
RomanceTuan Airel. Jika lelaki lain bermulut manis, berbeza pula dengan dia yang bermulut puaka. Apa saja yang keluar dari mulutnya pasti terasa sehingga ke dasar hati. Dia dinikahkan dengan seorang gadis yang mampu menahan segala kata kata yang menyakitka...