"Boss, harini boss ada meeting lunch dengan syarikat Z'K company." Ujar Rayna memberitahu jadual boss nya. Hyura menganguk dan mengucapkan terima kasih.
Badar disandarkan di kerusi kerja. Nafas dihela perlahan. Bila difikirkan, Airel langsung tak sayangkan dia ke?
Kadang dia penat asyik tahan dengan kata kata yang dilontarkan oleh Airel. Hati nya terasa tapi dia selalu pendamkan hal itu.
Ingin sekali dia bertanya tentang tu pada Airel. Tapi kuatkah hati dia untuk menerima apa yang keluar dari mulut jejaka itu nanti?.
Mata dipejamkan seketika dan dihela nafas berat. Bila tengok pasangan suami isteri lain bahagia, dia juga inginkan hal yang sama tapi apakan daya, Airel tak akan sudi.
"BRO, jom lunch." Ajak Henry dan Airel segera bangun dari duduk nya. Mereka berdua melangkah mendekati lif.
"Nak makan dekat mana?" Soal Henry dan menoleh memandang sahabatnya.
"Tempat biasa." Setelah lif dibuka, mereka berdua melangkah masuk dan butang tingkat 1 ditekan.
Setiba nya di restoren, Airel dan Henry melangkah masuk dan memilih tempat yang agak tersembunyi.
"Tu bukan bini kau?" Soal Henry sambil memandang ke satu arah dan Airel turut memandang dimana Hyura sedang lunch bersama seorang lelaki sambil membincangkan hal kerja.
"Hm." Itu saja yang dia balas. Hati Airel berasa cemburu melihat hal itu. Rasa membara dalam diri nya dan dia memandang ke arah lain.
"You apa semua ni?" Zayyan menoleh memandang teman wanita nya, Qareena.
"Apa nya? Ni client I ." Kata Zayyan dan Hyura yang duduk di situ berkerut dahi.
"Client konon entah entah you ada hubungan dengan perempuan ni. Kalau client tak ada nya makan macam ni!." Mata mata sudah memandang ke arah mereka.
"Maaf ya sis, saya ni dah berkhawin dan kami memang berjumpa atas urusan kerja. Biasalah makan dah masa kami lunch sambil sembang hal kerja. Awak tak kerja ke?" Hyura jongket kening dan Qareena terasa bengang.
"Kurang ajar you kan. Dah khawin? Tak ada maruah diri ke yang sampai nak lunch dengan boyfriend orang? Suami you mana?" Bidas Qareena tak nak kalah.
"Tu tengah makan." Mereka menoleh ke arah sebuah meja dimana ada dua jejaka.
"Kemeja putih tu." Ternganga mereka berdua bila mengenali siapa suami Hyura.
"T..tuan Airel?" Soal Zayyan pada Hyura dan dia menganguk.
"Yes my husband." Qareena membuat muka jengkel.
"I tak percaya kalau betul dia suami you cuba la panggil." Hyura angguk kepala nya.
"Tuan Airel!." Airel menoleh memandang isterinya dan Hyura melambaikan tangan nya. Dia membalas lambaian tu dan dibuat mini love. Terkejut Hyura tak sangka suami nya akan buat bergitu.
Qareena telan air liur.
"See, dah terbukti kan? Saya ni bukan nya datang berseorangan. Suami saya elok ja duduk dekat situ dengan kawan dia. Awak kalau datang nak serang make sure tanya dulu ya." Kata Hyura. Qareena menunduk apabila Zayyan pandang tajam.
"I am sorry miss Hyura because of my girlfriend kita jadi tontonan orang ramai pula." Hyura ukir senyuman nipis nya.
"It's okeyh, saya setuju untuk bekerjasama dengan syarikat awak." Zayyan mengucapkan terima kasih dan dia mengambil file nya sebelum mengheret Qareena keluar.
Hyura menghabiskan air nya terlebih dahulu dan dikemas file nya sebelum bangun. Makanan awal awal lagi dah dibayar.
YOU ARE READING
TUAN AIREL
RomanceTuan Airel. Jika lelaki lain bermulut manis, berbeza pula dengan dia yang bermulut puaka. Apa saja yang keluar dari mulutnya pasti terasa sehingga ke dasar hati. Dia dinikahkan dengan seorang gadis yang mampu menahan segala kata kata yang menyakitka...