Fikirannya melayang ke arah wanita yang bernama Ayana Insyirah, ya wanita itu menjadi target untuk mereka bunuh malam ini.
Nasib kau lah budak sebab jadi anak pada seorang lelaki yang didengki oleh ramai orang dalam dunia perniagaan ini.
Muhammad Nasrul Fahim.
Apapun misi utamanya hanyalah untuk menjalankan misinya sendiri. Kill and leave, thats it.
Sebelum Thorn balik dia sempat mengelilingi bandar itu.
Pergilah di mana kawasan pasti akan ada gelandangan bertiduran ataupun meminta sedekah dari orang yang lalu lalang di situ. Bandar ini mungkin tempat yang ingin dikunjungi oleh ramai orang tetapi hakikatnya banyak perkara negatif yang ada.
Sampah sarap ada di mana-mana, tempat pelancongan atau port yang terkenal sahaja mereka kerap bersihkan tetapi kekotorannya masih ada.
Apa yang kita lihat di televisyen selalu dimana mereka minum air paip, sebenarnya mereka menggunakan penapis air. Sebaliknya paip air bawah tanah mereka sudah berusia puluhan tahun dan ada yang mencecah tempoh lebih lama lagi.
Subway train mereka jangan dikata...
Thorn juga sudah serik untuk duduk di bandar ini, tidak lama lagi dia akan pulang ke negara asalnya dan hidup seperti biasa. Itu apa yang dia impikan namun adakah ia akan tercapai? Mesti.
Skrin laptop itu diperhati, mengingat setiap sudut agar memudahkan dirinya untuk bergerak dan bersembunyi apabila mencari musuh.
Pasti tidak ada seorang pun yang akan menjumpainya. At least thats what he thought.
Sambil itu tali leher dikemaskan di leher dan kot hitam itu serta rambutnya. Kali ini dia sudah bersedia untuk mengambil perempuan itu dengan kereta limousin yang telah disediakan oleh Anthony.
Dengan langkah malas dia keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu hotel yang dia tempah hanya untuk beberapa jam sahaja.
Mujur dia diarah untuk duduk di kerusi sebelah pemandu jadi tidaklah perlu untuk dia duduk di kerusi belakang berduaan dengan perempuan itu.
All thanks to Anthony.
Masa dicepatkan kini dia sedang menunggu ketibaan perempuan itu. Nak sambut macam anak raja bagai, sudah 15 minit dia berdiri diluar limousin itu dengan wajahnya yang ketat disebalik topeng yang di pakai.
Warna topeng itu dia telah ubah setelah bertahun memakai warna yang sama. Entah warna apa yang dia inginkan, lantaklah.
Siapa lagi yang akan datang ke majlis itu selain list yang dia baca? Adakah wanita itu akan datang?
Sebelum fikirannya melayang lebih mendalam terhadap wanita itu dia disapa dengan suara yang sangat bingit di telinga.
Mata terus memandang suara yang memanggilnya lalu Stephanie melenggang berjalan ke arahnya. Pakaian jangan cakaplah, nauzubillah.
Nampaknya dia membawa seorang perempuan turut bersama. Tanpa melayan Thorn terus membuka pintu kereta dan memberi dua makhluk itu masuk kemudian menutupnya lalu bergegas masuk ke dalam kereta kerusi dihadapan.
"Why is he wearing a mask?" Cady bertanya, mata tidak lari dari memandang jejaka bertopeng itu. Hanya dari topeng dia sudah boleh agak bahawa jejaka itu sangat hensem.
Stephanie yang masih tidak berapa nak elok apabila sapaannya tidak dibalas oleh Thorn itu hanya memandang Cady lalu mengeluh.
"Cady isn't the theme tonight is masked theme? Of course he's wearing them too. " Balas Stephanie dan Cady hanya tersenyum kekok.
YOU ARE READING
Redamancy | 𝐎𝐆
Romance[ sʟᴏᴡ ᴜᴘᴅᴀᴛᴇ ] #1st 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒐𝒇 𝑬𝒖𝒑𝒉𝒐𝒓𝒊𝒄 𝑭𝒆̀𝒂𝒕𝒉 Sometimes, the most dangerous games are the ones played with the heart. "Take my hand." "What no." Terbuntang matanya apabila jejaka itu menyuruh berbuat demikian. "Look i'm not try...