Motorbike miliknya berada di luar dan hujung bangunan, dia memakirkan ia di kawasan yang agak gelap dan tertutup. Mahu atau tidak mereka harus menaiki motornya untuk menyelinap sebalik kereta serta lebih pantas untuk dia menjauhkan mereka berdua.
Tapi masalahnya jauh nak menuju ke arah kenderaan. However, there's one way though, Thorn berkata di dalam hati sambil memandang Ayana yang sedang memerhati sekeliling.
Thorn menarik tangan Ayana dan menuju ke tandas besar yang terdekat lalu mengunci pintu kemudian mereka berdiri di atas jamban yang ditutup.
Masing-masing cuba untuk mengawal pernafasan.
Seraya itu, pintu ditendang dan kedengaran beberapa tapak kaki sedang menuju ke setiap pintu. Ayana memandang Thorn dengan pandangan gelabah apabila satu persatu pintu di buka manakala Thorn hanya diam sambil membuat isyarat senyap.
"Kita kene kepung, macam mana ni?!" Ayana berkata dengan nada jerit berbisik.
"Eh, please la. Aku pernah hadapi lebih teruk. Macam layan soalan kau yang tak habis-habis...Mudah je ni." Jawab Thorn dengan nada sarkastik berbisik. Ayana menjeling jejaka itu.
Ayana sedang mengawal nafasnya lalu merapatkan badan ke dinding perlahan-lahan untuk memberi ruang pada Thorn jika antara mereka menendang pintu.
Atleast Thorn kene dulu kan?
K gurau.Jejaka itu sedang memahami situasi posisi mereka lalu mengangguk menandakan dia faham.
Duk.
"Makin dekat." Suara garau memecah kesunyian ruang itu. Ayana menutup menekup mulut dengan tangannya untuk mengelakkan dirinya menjerit.
Nampaknya lebih dari 2 orang yang mengepung mereka waktu ini.
Thorn mengatur nafasnya dengan tenang, mengawal adrenalin yang mula mengalir laju dalam tubuhnya. Dia meraba perlahan ke belakang pinggangnya, meraih pisau kecil yang sentiasa ada untuk situasi genting seperti ini. Langkah-langkah itu semakin hampir, dan suara garau tadi kedengaran semula.
"They're here? Perhaps that masked freak ran off with the target? " Suara kedua, lebih halus, menjawab, "We're about to find out then."
Ayana menggenggam erat lengan baju Thorn, namun jejaka itu langsung tidak menunjukkan sebarang tanda kegelisahan. Thorn merapatkan bibirnya ke telinga Ayana, berbisik dengan lembut, "Percaya kat aku."
Dengan hanya satu isyarat, Thorn melompat dari atas jamban dan menendang pintu bilik air tersebut dengan kekuatan yang cukup untuk mengejutkan musuh di luar. Pintu itu terbuka luas, dan dia segera meluncur keluar, menendang tepat ke perut salah seorang daripada mereka, menyebabkan lelaki itu terjatuh dan mengerang kesakitan.
Seorang lagi yang berbadan besar cuba menyerang Thorn dengan sepantas kilat, namun Thorn dengan mudah mengelak dan menikam bahu lelaki itu dengan pisau kecilnya. Ayana masih di dalam bilik air, memerhati dengan mata terbelalak. Suara pertempuran yang bergema dalam ruang tandas itu cukup untuk membuatkan darahnya berderau.
Thorn menahan serangan demi serangan, gerakannya begitu licin dan cekap. Dia bagaikan sedang menari di antara musuh-musuhnya, setiap langkahnya penuh keyakinan. Dalam sekelip mata, kedua-dua lelaki itu sudah terbaring di lantai, terkulai tidak berdaya.
Thorn segera berpaling ke arah Ayana, yang masih bersembunyi di dalam bilik air. Dia menghulurkan tangannya, "Cepat, kita mesti keluar dari sini sebelum yang lain datang."
Ayana, walaupun masih terkejut dengan apa yang baru berlaku, segera menyambut tangan Thorn. Mereka berdua berlari keluar dari tandas, menuju ke arah belakang pintu yang berdekatan dan ianya agak tersembunyi. Thorn tahu, masa mereka semakin suntuk, dan mereka perlu beredar secepat mungkin.
YOU ARE READING
Redamancy | 𝐎𝐆
Roman d'amour[ sʟᴏᴡ ᴜᴘᴅᴀᴛᴇ ] #1st 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒐𝒇 𝑬𝒖𝒑𝒉𝒐𝒓𝒊𝒄 𝑭𝒆̀𝒂𝒕𝒉 Sometimes, the most dangerous games are the ones played with the heart. "Take my hand." "What no." Terbuntang matanya apabila jejaka itu menyuruh berbuat demikian. "Look i'm not try...