❦︎ 𝐶ℎ𝑎𝑝𝑖𝑡𝑟𝑒̀ 27 ❦︎

16 5 0
                                    

"Aku nak tidur sini." Ezra berkata kepada Ayana.Mereka berdua telah sampai di hospital setengah jam yang lalu kini Erfan sedang melelapkan matanya manakala Ezra duduk di tepi katil Ayana.

"Hah?..Mana selesa nak tidur Ez."
Ayana menjawab.

"Aku tak sedap tidur lah beberapa harini kau kat sini, aku kat rumah." Cebik Ezra.Benar, semenjak Ayana terlantar di hospital tidurnya tidak lagi lena dan mudah terjaga mengenangkan nasib yang dihadapi Ayana sekarang buat dia risau.Lagipula selepas kejadian pecah masuk itu dia menjadi lebih berhati-hati.

"Setahu aku, kau ni kalau bom meletup pun kau nyenyak lagi tidur." Seloroh Ayana menerima jelingan tajam dari Ezra dan dia berura ingin memukul kaki Ayana yang berbalut itu.

"EY! Jangan main situ woi." Ayana menolak tangan Ezra yang hampir dengan kakinya itu.Bahaya kalau dekat, sudahlah masa pertama kali mereka melawat Ayana Ezra terduduk di atas kakinya yang cedera itu.Puas jugaklah Ezra memujuk Ayana yang menangis tidak berhenti.

"Along rasa bagus idea tu...Biar budak ni teman." Erfan yang sibuk dengan telefonnya kini menyampuk perbualan dua wanita itu.Sejak bila jejaka itu bangun?

"Yayah okay je...Tapi kenapa? Ada apa-apa berlaku ke?" Ayana bertanya.

"Takde pape pun, aku just nak teman kau tidur sini." Ezra menjawab dengan selamba."Lagipun aku dah bawak baju...Kau pun dah tak lama boleh discharge right?" Ezra menjuirkan bibirnya ke arah backpack kecil miliknya di sofa.

"Oh..Okay...Ha ah." Ayana angguk, keadaannya yang kian membaik itu mendapat persetujuan doktor untuk keluar awal dari tarikh yang sepatutnya.Dia juga berasa seram duduk di dalam bilik besar ini seorang diri walaupun akan ada jururawat yang masuk untuk memastikan dirinya baik-baik saja tapi, thats the thing.

Salah seorang jururawat yang memberinya ubat semalam, tindak-tanduknya agak mencurigakan.Dari lirikan matanya sehingga perwatakannya itu.Tapi dia cuba untuk bersangka baik, mungkin perempuan itu nampak saka keturunan dia kot.

Just joking.

"Jom makan...Kitorang singgah Korean Mart tadi nak beli onigiri..Ez kata Yayah nak makan." Erfan mengeluarkan bekal yang dimasak oleh Ezra tadi sebelum mereka ke sini, dia memberi dua bekas bekal kepada mereka dan mula makan bersama.Ezra menayangkan senyum bangga manakala Ayana menayangkan senyuman kambing, tahu-tahu saja Ezra yang Ayana teringin nak makan.What can i say, korean foods dan Ayana berpisah tiada.

"Along ada jumpa Ethan harini?" Ayana bersuara setelah diam semasa makan.Ezra menumpukan perhatiannya kepada Ayana, kunyahan terhenti.

"Harini takde, kenapa?" Erfan menjawab sambil mengunyah.

"Dia pegang beg tangan Yayah tapi tak bagi lagi..Macam mana kalau ibu atau yang lain call?" Erfan tersenyum lucu.

"Ohh nanti dia bagi lah tu, sekarang ni dia sibuk maybe esok kot." Ezra juga ketawa halus.

"Korang rasa patut ke kalau bagitahu benda ni? Apa yang dah jadi." Erfan tampak berfikir.

"Aku rasa memang ya, kau patut bagitahu dengan ibu atleast.Kalau abang-abang kau yang tahu dulu......Pun takpe kot." Ezra diam sekejap, Erfan juga masih sibuk mengunyah.

"Takpayah." Erfan membalas.

"Hah?"

"Along dah bagitahu dengan angah kau apa yang dah jadi.." Ayana membuka mulutnya sedikit, cukup muat untuk Ezra menyumbat satu ravioli ke dalam mulutnya.Ezra meneruskan makan tanpa menghiraukan jelingan tajam Ayana ke arahnya, Erfan yang tidak nampak hal itu dia hanya beriak biasa menghadap makanan ditangannya.

"Jangan risau, dia just kata okay pastu suruh tengok-tengokkan Yayah macam biasa...Which is, weird...Along expect dia akan marah ataupun suruh yayah balik ke Malaysia terus." Ayana mengangguk laju, setuju.Takkanlah angahnya itu rilek sebegitu lagi-lagi bila dia tahu keadaan Ayana macam ini.

Redamancy | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now