❦︎ 𝐶ℎ𝑎𝑝𝑖𝑡𝑟𝑒̀ 79 ❦︎

6 4 0
                                    

Ayana menggenggam erat loket kecil itu, merasakan setiap denyutan jantungnya seolah mengikut detik masa yang berlalu. Suasana dalam van yang gelap dan sempit itu semakin menyesakkan. Bunyi mesin van yang bergerak laju membuatkan jiwanya resah, tetapi dia tidak boleh berputus asa. Dia tahu, harapan untuk diselamatkan kini bergantung kepada isyarat halus yang dihantarnya melalui loket itu.

Di luar, Thorn sedang memandu motosikalnya dengan kelajuan yang stabil, matanya fokus pada jalan, namun fikirannya jauh ke tempat lain. Sebuah amaran halus muncul pada skrin di dalam visornya pengesan GPS dari rantai Ayana baru saja diaktifkan. Wajahnya mengeras, dan tanpa ragu, dia mengubah haluan, mengarahkan motosikalnya ke lokasi yang ditunjukkan. Hatinya berat, antara kegusaran dan amarah. Bagaimana Ayana boleh terlibat dalam situasi ini?

Sementara itu, di dalam van, Ayana cuba menenangkan dirinya. "Tenang, Ayana... Mereka akan datang. Thorn pasti datang," bisiknya pada diri sendiri. Namun, ketakutan itu tetap menghantui. Siapa yang menculiknya dan mengapa? Dia tidak pernah terlibat dalam urusan yang mencurigakan.

Masa perjalanan sukar untuk diagak tapi yang dia tahu sememangnya jauh.

Ketika van berhenti secara tiba-tiba, Ayana dapat mendengar suara-suara di luar. "Bring her out," salah seorang daripada mereka berkata. Tangan kasar menarik Ayana keluar dari van, matanya meliar ke kawasan gah lagikan seakan-akan istana.

Tempat apa ini?

Mereka menutup matanya dengan kain berwarna hitam dan mulut juga diikat, sukar untuk dia menggerakkan tubuh kerana mereka memegangnya dengan kuat. Hati Ayana semakin gusar dan nafas seakan ingin terhenti dan merasakan kesempitan walaupun dia tidak dapat melihat namun dia dapat merasakan satu ruangan gelap dan menyesakkan nafas.

Mereka mengikatnya pada sebuah kerusi di tengah-tengah ruangan, cahaya lampu di atasnya seakan-akan memerangkapnya dalam kegelapan. Suara rintihannya tidak diendahkan.

Di dalam bilik yang gelap dan sesak itu, Ayana hanya mendengar desahan nafasnya yang terhenti-henti. Kain hitam yang menutup matanya membuatkan dunia sekelilingnya menjadi kosong hanya ada bunyi langkah berat di sekelilingnya, suara lelaki yang bercakap dalam bahasa inggeris, dan rintihannya sendiri yang tenggelam dalam kesunyian. Dia terasa semakin jauh dari cahaya harapan.

Tiba-tiba, bunyi pintu besi berderit membuka menandakan beberapa susuk tubuh yang masuk. Langkah kaki berderap, lebih teratur, lebih berwibawa dan suasana yang tegang. "Open the fabric," satu suara yang tegas memberi arahan. Dengan kasar, kain penutup mata Ayana ditarik, cahaya terang dari lampu di atasnya membuatkan dia terpejam seketika.

Ketika matanya mula menyesuaikan diri, dia dapat melihat seorang wanita berdiri di hadapannya. Wanita ini, dengan pandangan dingin dan aura kuasa yang jelas, melangkah mendekati Ayana dengan langkah penuh keyakinan, siapakah wanita ini? Di belakang wanita tua itu, berdiri beberapa lelaki berbadan besar dan sado pasti anak buahnya, termasuk seorang lelaki yang memandangnya tajam. Dia seperti pernah berjumpa lelaki itu tetapi di mana?

Kedatangan mereka semua membuatkan Ayana tertanya-tanya siapakah mereka ini semua dan kenapa dia diikat seperti ini? Lagi banyak persoalan yang timbul dalam fikirannya dan usah dikatakan dia sedang berasa takut dan gementar. Alex memandang Ayana dengan pandangan yang sukar dibaca, seakan ada konflik dalam dirinya. Dia tidak berkata apa-apa, hanya berdiri di situ dengan tangan yang digenggam erat di sisi. Dia tahu peranannya di sini, dan walaupun berat, dia tidak punya pilihan dan dia tahu pasti banyak persoalan bermain diminda wanita itu.

Meredith bersuara, "Ayana Insyirah. A great name, a great legacy. But you... are merely a shadow of your father’s legacy, Nasrul Fahim." Suaranya penuh dengan kebencian yang terpendam lama.

Redamancy | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now