Tanya Thorn dengan nada yang agak serius, Ayana memandangnya dengan pandangan yang tidak yakin.
"Saya tak pernah menari, tengok je." Ayana menjawab dengan nada segan. Thorn tampak berfikir kemudian menarik lengan Ayana untuk melangkah jauh (k gurau), melangkah dengan pantas.
Ayana ingin bertanya mengapa pergerakkan mereka semakin pantas dan tergesa-gesa namun dia sudah boleh mengagak mengapa.
Mereka terus berjalan dalam senyap, masing-masing tenggelam dalam pemikiran sendiri. Thorn sedang cuba memikirkan cara terbaik untuk melindungi Ayana manakala wanita itu masih tertanya-tanya siapakah diri jejaka itu sebenarnya?
Ayana ingin bertanya lebih lanjut, tetapi dia tahu Thorn tidak akan memberi jawapan yang dia ingin kan sebaliknya dia menghela nafas, menerima kenyataan itu buat masa ini.
Namun, satu perkara yang pasti, mereka kini terperangkap dalam permainan yang lebih besar dan lebih berbahaya daripada yang mereka jangka.
"Satu benda aku nak pesan, jangan pandang sekeliling kau. Faham?" Thorn berkata tanpa melihat Ayana.
"O-okay..." Ayana menjawab sambil mengetatkan mask di muka agar tidak tertanggal. Sambil itu mereka berjalan menuruni tangga megah itu dengan bersahaja untuk mengelakkan kecurigaan mereka yang sedang memerhati.
It's Thorn versus everyone now. The odds are stacked against him, but he's poised to crush them all, anytime they dare step up.
All for one person: Ayana, his unexpected mission.
~~~
Mujur Thorn membawa mask lebih dan kini dia sedang memakai topeng yang sangat biasa hanya berwarna hitam bersalut dengan warna emas.
Tiba sahaja mereka di dewan terlihat banyak tetamu yang sedang menari dengan pasangan mereka, ada yang bergelak ketawa, menikmati pencuci mulut yang dihidang di setiap sudut.
Ayana cuba untuk mencari keberadaan Julian dan Jayden namun kedua jejaka tiada di situ.
"Tak payah cari budak tu, dia dah lama balik." Thorn berkata menyebabkan Ayana menoleh sekilas.
"Bodyguard kau pun lenyap." Sambung jejaka itu.
"Macam mana awak tahu?" Ayana bertanya.
Thorn mengangkat bahu, malas hendak menjawab pertanyaan Ayana. Wanita itu hanya mendengus.
'Baik jangan cakap kalau malas nak terangkan.'
Lagu yang merdu itu mengalun lembut di telinga mereka. Tanpa sebarang amaran, Thorn terus menggenggam tangan Ayana dengan lembut, namun cukup kuat untuk membawanya ke dalam bulatan tarian tersebut.
"Waa-" Ayana terjerit kecil apabila dia ditarik oleh Thorn menyebabkan gaunnya mengembang.
This is the least she expected to happened for her.
Pada mulanya agak sukar untuk Ayana mengikuti langkah Thorn yang mendominasikan tarian tersebut dan menahan wanita itu dari terjatuh atau tersandung beberapa kali.
Thorn dalam diam mengamati suasana di sekeliling mereka dan terlihat banyak sudut yang sedang melihat mereka berdua dengan pandangan yang tajam. Orang yang sepatutnya dia lindungi juga telah lenyap entah ke mana bersama dengan seorang rakannya itu.
Not that he care anyway. Pergi mampus lah perempuan gatal tu.
Di tengah-tengah ballroom yang meriah dengan lampu kristal yang bersinar, Thorn dan Ayana sedang menari dengan penuh keanggunan. Mereka berpusing dan meluncur di lantai tarian, kelihatan seperti pasangan yang serasi. Namun, di balik keseronokan malam itu, bahaya sedang menanti.
YOU ARE READING
Redamancy | 𝐎𝐆
Romance[ sʟᴏᴡ ᴜᴘᴅᴀᴛᴇ ] #1st 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒐𝒇 𝑬𝒖𝒑𝒉𝒐𝒓𝒊𝒄 𝑭𝒆̀𝒂𝒕𝒉 Sometimes, the most dangerous games are the ones played with the heart. "Take my hand." "What no." Terbuntang matanya apabila jejaka itu menyuruh berbuat demikian. "Look i'm not try...