❦︎ 𝐶ℎ𝑎𝑝𝑖𝑡𝑟𝑒̀ 61 ❦︎

14 4 0
                                    

Tabir di ruang tamu dibuka dan cahaya matahari menyapa dirinya serta menerangi ruangan itu.

Setelah sarapan dan bersiap untuk pergi ke kerja dia sempat membelek-belek baju yang Ethan belikan semalam.

Senyuman menghiasi wajahnya apabila teringatkan semalam punya cerita.

Lupa pulak hari ini encik bos takde, aduh kenapa nak buatkan teh masih untuk dia? Tak apalah aku minum je, ke bagi siapa-siapa.

Sedang dia menuju ke pintu langkahnya terhenti.Kepala ditoleh ke arah ruang tamu dan meneliti setiap sudut ruangan di situ.

Kemudian dia masuk kembali ke bilik tidurnya juga sama dia lakukan demikian.

"Good Morning Ms, Ayana." Sapa beberapa staf di lobi itu dengan senyuman dan Ayana membalas sapaan mereka lalu menuju keluar.

Tanpa dia perasan ada susuk tubuh yang sedang menyandarkan badannya ke dinding sambil bermain telefon.

Jayden yang terdengar bunyi kasut tumit tinggi itu lantas mengangkat pandangannya kelihatan Ayana sedang berjalan tanpa berpaling segera mengejar langkah wanita itu.

Ayana yang terdengar bunyi tapak kasut yang sedang berjalan ke arahnya lalu melajukan langkahnya menjauhi gerangan misteri itu tanpa memalingkan wajahnya.

Terasa sukar untuk dirinya bernafas ketika ini, memori saat dia dikejar itu kembali bermain di mindanya.

Seingat dia, laci tengah meja di bawah televisyen dibiar terbuka manakala kedua-dua laci sebelah-menyebelah ditutup rapat.Bilik tidurnya juga ada sesuatu posisi yang terubah ataupun diubah...
Welp i thought i could get rid of the trauma...

"Wait!" Jayden menaikkan suaranya sedikit.Ayana terus berhentikan langkahnya.

Jayden dengan lelahnya berjalan ke arah Ayana perlahan.

Pagi lagi dah ajak dia joging ni apahal? Nak minta naikkan gaji kalau gini ni.

Jayden yang masih mengah itu notis Ayana pucat semacam lalu dia berasa hairan.

"Hey...Calm down...If my action just now scared you i'm sorry...My name is Jayden Brice and i'll be your driver for a week while Mr Bradbury isn't here...He is the one who hired me so don't worry, i'm not a kidnapper or whatever you're thinking of right now."
Terang Jayden dengan lebarnya agar Ayana tidak berasa terancam atau takut.

Wanita itu masih kekal statik berdiri sambil memandang hadapan langsung tidak menoleh ke arah lelaki yang bernama Jayden itu.

"Besides...I'm way too handsome to do such stuff." Sambung Jayden, tidak tahu sama ada Ayana dengar atau tidak baginya Ayana tampak seperti sedang mencerna segala maklumat yang dia baru sahaja katakan.

Biarlah kalau wanita itu tidak dengar tapi kalau dengar apa salahnya kan? Dah dia memang handsome.


"What was your name again?" Ayana bertanya dengan wajah yang berkerut.

"Jayden Brice at your service ma'am." Ayana menjauhkan diri apabila Jayden menunduk menyerupai seorang putera.Dia yang tidak berasa selesa dengan pandangan orang di situ segera mempamit Jayden untuk berlagak normal.

"Let's go ms." Jayden berjalan melimpasi Ayana dan menuju ke keretanya manakala Ayana hanya mengekori langkah jejaka itu.

"Is there any place you would like to go after your work is done?"

"Hm no just head straight up home afterward." Jawab Ayana dengan ringkas, Jayden hanya mengangguk dan melihat rear view mirror Ayana sedang memandang keluar tingkap.

Redamancy | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now