❦︎ 𝐶ℎ𝑎𝑝𝑖𝑡𝑟𝑒̀ 37 ❦︎

18 4 0
                                    

"Takpe, ibu nampak macam tak sihat je...Ni kenapa asyik peluk telefon ni? Nak call Ayana ke?" Arshad bertanya sambil menjuirkan bibir ke arah dakapan ibunya itu ada telefon di dalam.

Puan Katrina menggelengkan kepala."Tak, ibu sentiasa call dengan mesej dengan adik kamu sebelum tidur, ibu taknak ganggu dia waktu gini...Cuma..Ayah." Arshad yang mendengarkan itu terus berubah air mukanya.

Kebencian, itu sahaja yang jelas terpancar di wajah tatkala lelaki tua itu disebut.Melihatkan ibunya yang sedih ini memeritkan hatinya untuk melihat.

'Kalaulah ibu tahu dia dah buat apa kat keluarga ni pasti tak boleh nak terima.' Monolognya di hati.

Hubungannya dengan ayah mereka sangat-sangat rengang dan dia tahu sebab apa.Jijik dengan seorang lelaki yang dipanggil ayah, dari dia kecil ayahnyalah yang menjadi idola dirinya namun tidak lagi apabila dia mencecah umur 16, di mana semuanya berubah.

Lelaki tua itu ingat dia tidak perasan perlakuannya yang jelas berbeza.Selepas balik sahaja dia daripada New York selama berbulan-bulan di negara orang itu terus berubah.

Rasa ingin tahu di dalam dirinya membuatkan semuanya berubah.Tunggu masa sikit sahaja lagi semuanya akan terbongkar

Suspicion always haunts the guilty mind.
- 𝑾𝒊𝒍𝒍𝒊𝒂𝒎 𝒔𝒉𝒂𝒌𝒆𝒔𝒑𝒆𝒂𝒓𝒆.

"Ibu...Dia kan outstation.Jangan risau, nanti dia baliklah tu ye?" Arshad memeluk bahu Puan Katrina kemudian digosok dengan lembut.

"Kamu tu, masih bergaduh ke dengan ayah?" Pertanyaan Puan Katrina itu menyentakkan dirinya.Bagaimana ibunya tahu? Siapa yang beritahu?

"Kamu jangan nak sorok apa-apa pada ibu, jangan ingat ibu tak perasan semua tu...Kamu duduk merantau dekat negara orang tu mesti ada kaitan dengan ayah kan?" Arshad menggeleng.

Takkanlah dia nak bagitahu pekerjaan sebenarnya kepada ibu? Semua ahli keluarganya tidak tahu akan perihal itu, dia memang bekerja sebagai jurutera tetapi kerja itu hanya untuk mengaburi mata semua orang dalam keluarganya.

"Takde kaitan pun, ni kenapa ibu cakap macam tu kat Ashad? Ashad okay je dengan ayah, dahlah jom turun bawah Ashad lapar nak makan nasi kerabu ibu." Puan Katrina menayangkan wajah tidak puas hati dengan jawapan anaknya itu tetapi apabila mendengarkan keinginan anaknya berkaitan makanan dia terus tersenyum lalu mengangguk.

See? Senang je nak pujuk ibu.
Ibu je lah yang senang, Ayana tu...Nasib kau lah Ethan.

"Arif balik pukul berapa ibu?" Arshad bertanya sambil melabuhkan duduk di kerusi kitchen island itu dan memerhati ibunya yang sedang sibuk memotong bawang.Bersedia untuk memasak.

"Along kamu tu pergi Melaka harini, lusa baru balik...Katanya ada urusan di sana."

"Kes tak selesai ke?" Abang sulungnya itu bekerja sebagai peguam.Sentiasa sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk mencari pasangan hidup.

And now, i just know that i'll be the next target.

"Ye kes berat tapi along kamu tak kongsi mendalam...Kamu duduk sini sampai bila?" Tanya Puan Katrina tanpa melihat Arshad kerana sibuk menyediakan bahan-bahan masakan.

"Ibu ni macam menghalau je." Cebik Arshad dan dia mendapat jelingan dari ibunya, dia menyembunyikan senyum.

"Sebulan atau tiga bulan bu."

"Kenapa tak tinggal je terus sini? Pindah kerja sini."

"Ashad dah selesa kerja kat sana.Lepasni Ashad lawatlah korang selalu nanti."

"Hmm...Calon dah ada belum?" Arshad menutup kedua matanya dengan hembusan nafas yang berat.Matanya dijulingkan keatas.

Puan Katrina tidak nampak memang beranilah dia nak buat mata macam itu.

Redamancy | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now