"Ma..." panggilku perlahan.
"Ya, sayang." Jawab ibuku walaupun sedang fokus memandu.
'Eli tak nak ikut pergi rumah boss mama. Eli takut...' Bisikku dalam hati tetapi tidak terungkap di mulut.
Melihat aku tidak respon apa-apa, mama juga tidak bertanya dengan lebih lanjut. Itulah yang kerap terjadi apabila aku yang initiate conversation.
Dek kerana aku seorang penakut dan pendiam, jarang aku memulakan percakapan apatah lagi gurauan. Aku lebih gemar sembunyi di tempat tersorok atau hanya diam memerhati dari jauh.
Sifatku membuatkan aku tidak mempunyai teman di sekolah. Di rumah, abang dan kakakku menganggap aku tidak wujud. Itu juga menjadi salah satu faktor aku kurang rasa keyakinan diri. Ditambah pula badanku yang gempal, semua orang menghindar dariku.
Orang selalu sangka, bila berbadan besar, dia akan jadi si pembuli tetapi mereka silap. Badanku sahaja yang besar tetapi hatiku tersangatlah kecil.
"Okay sayang, kita dah sampai." Ucap mama setelah memarkir kereta.
'Wahhh... besarnya.' Pujiku dalam hati.
Aku sangat kagum dengan kemegahan dan keindahan rumah agam itu.
'Pandai boss mama design rumah ini.' Desis hatiku lagi.
Tak tunggu lama untuk mama keluar dari kereta diikuti oleh aku. Kami berjalan berpimpin tangan menuju ke pintu utama.
"Boss mama ada 2 anak kembar. Kecil lagi. Mereka muda 6 tahun dari Eli. Nanti bolehlah Eli berkawan dengan mereka."
Dengar sahaja perkataan berkawan, terus pucat lesi mukaku. Makin kuat hatiku memberontak untuk pulang tetapi aku tidak jumpa keberanian untuk ungkapkan apa yang tersirat di hati.
Tingtong...
Loceng rumah tersebut ditekan oleh mama. Makin berdebar aku dibuatnya.
"Mia... awalnya sampai." Sapa seseorang dari arah belakang.
Mama yang seperti mengenali empunya suara terus menyapa dia. Pemilik suara itu merupakan seorang wanita yang cantik dan manis dipandang. Wajahnya tak lekang dengan senyuman.
"Jom masuk..." pelawanya. Dia cepat-cepat membuka pintu rumah.
'Boss mama nampak baik.' Desis hatiku apabila melangkah masuk kerumah agam itu.
Tetapi apa yang menanti aku adalah pandangan yang sangat dasyat. Aku melihat seorang wanita yang lebih tinggi dari wanita manis tadi sedang mencampak 2 anak kecil keatas sofa. Kemudian dia berlari kearah kami.
Aku punya tergamam pada pemandangan tadi menyebabkan aku blank untuk seketika hinggalah aku mendengar ayat ini.
"Makan jelah anak you itu Mia. Kenyang sebulan. Banyak itu dagingnya." Ucap perempuan menakutkan tadi.
YOU ARE READING
Heart Beat
RomanceSequence Of ONLY HER. A story about a pair of twins who fall in love with the same person and how they express their emotions in unique ways. 'Andaikan aku mengagumi menggunakan fikiran, mungkin aku sudah berhenti sejak lama. Sayangnya, aku mengagum...