Malam ini malam terakhirku di jepun. Trip bersama Adeline kali ini cukup melelahkan dan menyakitkan hati bagiku. Manakan tidak, sesampai sahaja di jepun, pihak client tiba-tiba ucapkan tahniah kepadaku.
Siap cakap tak banyak sukarelawan dari dunia koperat sepertiku. Aku yang tak tahu apa-apa hanya mampu tersenyum mendengar pujian yang diberikan.
Esoknya, barulah aku tahu makna disebalik ucapan tahniah itu. Si tyrant ini daftarkan aku dalam marathon bagi mewakili syarikat Airen. Bukan setakat 1 or 2 km tapi 21km. Hampir luluh jantungku dibuatnya.
Aku dengan tiada persiapan hanya mampu berlari apabila bunyi tembakan dilepaskan. Padanlah Adeline menyuruh aku membawa baju sports siap-siap ke trip ini. Sakit hati aku tak sampai disitu sahaja, nak tahu apa dia buat?
Sepanjang aku berlari, Adeline follow aku dari sisi dengan membonceng motor polis penjaga. Nampak sangat dia nak tengok secara live, aku menderita. Sambil dia bonceng, sempat dia sedut air kelapa. Tak lama lepas itu dia makan pula tembikai.
Kalau dia tiada benda untuk dikunyah, dia akan sorak namaku guna megaphone hingga menarik perhatian ramai peserta. Sumpah aku malu habis dibuatnya.Apabila sampai checkpoint ke-4 yang menandakan aku dah berlari sepanjang 12km, boleh dia cakap ayat ini. "Dah tua-tua ini, kena banyak exercise. Jangan asyik terkurung dalam rumah je. Tak baik untuk kesihatan."
Apabila aku dah lepas 17km dan hanya tinggal lagi 4km untuk dihabiskan, ayat ini pula dia keluarkan, "Siput babi lagi laju dari you tau. I ini naik bosan tengok you berjalan dari tadi. Berlari lah sikit Eve. Pasangan tua umur 45 tahun itu pun dah potong you. Tulah you, perlahan sangat. Lama-lama I pun boleh tertidur."
Jiwa aku ini meronta-ronta nak tarik dia turun motor pastu gigit kepala dia. Sedap je dia cakap aku macam itu sedangkan sepanjang 21km, dia naik motor. Langsung tak turun motor and lari bersamaku. Melampau sungguh. Benarlah apa yang dikata sebelum ini, dia akan buli aku sepuas hatinya.
8.59pm
Habis sahaja event marathon tadi, aku terus membawa diri ke bilik hotel. Sepatah haram pun aku tak cakap dengan Adeline. Biar dia pergi berjumpa client bersendirian. Kaki aku ini dah macam jelly. Tak berdaya untuk melangkah.
Tok tok...
Pintu bilikku diketuk. Aku yang ketika ini sedang berbaring atas katil hanya menjeling sahaja kearah pintu.
Tok tok...
Sekali lagi ketukkan dipintu kedengaran. Aku ambil keputusan untuk tak hiraukan dan menutup mataku. Nak pergi mandi pun aku tak larat, inikan nak pergi buka pintu. Aku tahu sangat siapa dibalik pintu itu. Pasti Adeline.
Tik....
Bunyi orang swipe card untuk membuka pintu. Setelah itu, kedengaran bunyi pintu bilikku dibuka dan ditutup. Aku masih lagi berpura-pura tidur. Tanda tak mahu diganggu.
YOU ARE READING
Heart Beat
RomanceSequence Of ONLY HER. A story about a pair of twins who fall in love with the same person and how they express their emotions in unique ways. 'Andaikan aku mengagumi menggunakan fikiran, mungkin aku sudah berhenti sejak lama. Sayangnya, aku mengagum...