'Im dead. Like literally dead.' Desis hatiku.
Aku mempercepatkan langkah memasuki ruangan lobi dan terus menekan butang lift. Staff yang baru pulang dari breakfast pun pandang aku semacam sahaja. Iyalah, nampak aku termengah-mengah dan berpeluh. Bukan seperti diriku kebiasaan yang sentiasa dalam mood tenang.
Naik sahaja ke tingkat ofisku, cepat-cepat aku letak barang dimejaku dan berdiri di depan pejabat Adeline. Aku sempat bertanya ke staff disitu dan dia beritahu Adeline tak cakap banyak dan hanya senyum. For me, itu bad news.
Aku melihat jam tanganku yang kini menunjukkan angka 11. Aku kebiasaan kena lapor diri jam 8.00am dan kena tiba disini seawal jam 7.30am. Sekarang sudah jam 11am. Maksudnya aku sudah lewat 3 jam. Aku mengeluh untuk kesekian kalinya.
Hari ini, buat kali pertama aku lewat ke tempat kerja. Bukan seminit dua tetapi 3 jam. Aku patut apply MC sahaja tetapi pendirianku menegah aku berbuat begitu.
First, aku terbangun lewat. Tak dengar bunyi jam penggera. Pastu, sedar-sedar handphoneku mati. Tak bercharge sepanjang malam. Hidup je handphone, ada 100 panggilan dari Adeline. Tak tahu bila dia curi waktu untuk hubungi aku sebanyak itu.
To make it worst, my car mogok. Tak nak start. Kawasan tempat tinggalku sukar cari teksi, maka aku terpaksa menapak sejauh 2km untuk ke stesen bas. Nak panggil grab, handphoneku telahpun mati kembali.
Tok.. tok..
Pintu bilik Adeline ku ketuk. Kerana tiada respons, aku menguak sedikit pintu untuk mengintip keberadaan dia. Aku melihat dia masih ralit typing sesuatu dikomputernya. Aku memasuki ruangan itu dan berhenti betul-betul didepan mejanya. Lama juga aku berdiri disitu kerana tidak dihiraukan oleh dia.
'Dia fokus sangat ke sampai aku masuk dia tak sedar? Tapi aku tak rasa nak panggil dia. Dia mengeluarkan aura menakutkan...' desis hatiku.
Dari 5 minit, bertukar 15 minit. Hinggalah 30 minit aku berdiri begitu. Naik lenguh kaki aku dibuatnya. Akhirnya aku membuat kesimpulan, better aku yang memulakan percakapan.
"Maaf boss. I masuk kerja lewat hari ini."
Mendengar ucapanku, Adeline memberhentikan pekerjaannya dan mengalihkan perhatiannya kepadaku. Mukanya langsung tiada secalit senyuman.
'Kenapa dia diam? Kena nyatakan sebab ke?'
"I tak sedar bunyi alarm. Handphone pula habis bateri. Jadi tak dapat angkat call boss. Dalam nak cepat, kereta pula tak mahu start. Maaf sangat-sangat." Ucapku penuh kekesalan.
"Bukan sebab tidur dengan mana-mana jantan?"
Aku mengangkat kepala dan membalas renungan dia. Terkedu dan tergamam dengan ayat yang baru kudengar.
'Mungkin aku salah dengar.' Desis hatiku.
"Dah masuk office I, pastu berdiri macam orang bodoh depan meja I tak cakap apa-apa. I fikir you banyak sangat menjerit malam tadi sampai tiada suara. Ada rupanya." Ucapnya sinis.
YOU ARE READING
Heart Beat
RomanceSequence Of ONLY HER. A story about a pair of twins who fall in love with the same person and how they express their emotions in unique ways. 'Andaikan aku mengagumi menggunakan fikiran, mungkin aku sudah berhenti sejak lama. Sayangnya, aku mengagum...