"You ada masalah dengan I ke?"
Aku geleng.
"Jadi kenapa you diam dari tadi?"
"...."
"Sebab I tak bagi you balik ofis selagi laporan itu tak siap ke? Itu sebab you marah?" Dia dah tak fokus pada pemanduannya. Wajahnya balik-balik memandang aku.
"Takde apa lah boss." Balasku menyedapkan hati dia.
"Perempuan kalau cakap takde mesti maksudnya ada. Speak out. Whats wrong?" Dia dah setkan kereta dalam mood autopilot.
"Takde means takde."
"Okay... takpe, kalau you tak nak beritahu. I perhati you start buat perangai macam ini lepas jumpa Tia. I will fire her tomorrow. So, you can came back to normal self."
"Boss...." panggilku dalam keadaan marah.
"What?"
Dah tak pasal-pasal air mataku bergenang di tubir mata. Kenapa dia suka paksa aku cakap benda yang aku tak mahu?
"Stop nangis. It doesnt work on me."
"..." empangan air mataku mulai pecah.
"If you have problem, talk. Don't shut me down this way. Biasakan untuk bincang supaya kedua-dua pihak boleh faham dan cari jalan penyelesaian. You yang lebih tua sepatutnya berperangai lebih matang dari I. Kenapa behave like this?" Bebelnya.
'Macam mana I nak berterus terang kalau boss sendiri mulakan perkenalan kita dengan penipuan? Apa yang boss sorokkan sebenarnya? Dan berapa banyak lagi rahsia yang boss simpan?'
Aku nak tanya ini semua pada Adeline tapi aku tak mampu. Kerana dia orangnya sangat berahsia. Ini menyebabkan aku menjadi was-was berada disampingnya.
"I cuma lapar..." ucapku bersama deraian air mata.
Lama dia pandang aku. Mencuba untuk mengenalpasti aku sedang menipu atau tak. Dah aku terpaksa tutup wajahku dengan mengesat air mata. Harap dia tak korek lebih dalam. Lagipun aku memang lapar. Jadi tak kira tipu lah kan?
"You lapar sangat ke? You sedar tak kita baru je keluar dari syarikat tak sampai 2 minit?"
"Boss yang tanya. Lepas itu tak boleh terima jawapan I bagi. Kata nak bincang secara matang. I dah luahkan, boss perlekehkan." Aku dah tarik muka dan buang pandangan keluar tingkap.
"Susah rupanya nak memahami orang mendekati monopause ini."
"Boleh tak boss berhenti cakap I tua and nak dekat monopause? I ini baru 32 tahun tau."
"Cause you quite frequent act like child."
"At least I tak tidur atas badan orang."
"Means you dah gemuk sampai I tak boleh bezakan antara you dengan katil."
YOU ARE READING
Heart Beat
RomanceSequence Of ONLY HER. A story about a pair of twins who fall in love with the same person and how they express their emotions in unique ways. 'Andaikan aku mengagumi menggunakan fikiran, mungkin aku sudah berhenti sejak lama. Sayangnya, aku mengagum...