PERSONAL SAVER ACCOUNT
$369,000Aku sejujurnya agak terperanjat dengan hasil simpananku selama 7 tahun bekerja di syarikat Airen. Jika diingat kembali, 7 tahun tersebut, hidupku hanya untuk kerja tanpa ada langsung hiburan.
Dan setelah aku dinaikkan pangkat jadi setiausaha Adeline, tiada lagi istilah berehat dan cuti bagiku. Aku banyak pulun overtime dan kerap pergi outstation bersamanya.
Jika ada cuti atau waktu berehat, aku gunakan sepenuhnya untuk terperuk di rumah. Gajiku digunakan semata-mata untuk membayar segala komitmen yang perlu. Alhasilnya, kebanyakkan duit gajiku tidak berusik dalam bank.
3 hari telah berlalu semenjak aku berhenti kerja. Sejujurnya aku berasa teramat bosan. Manakan tidak, aku sudah terbiasa bekerja dan secara tiba-tiba, aku ada plenty of time to spend. So, aku jadi clueless nak buat apa dengan masa yang ada.
Aku tak juga rasa nak mohon kerja secepat mungkin. Dengan gaya hidupku yang simple dan hemat, aku boleh bertahan hidup tanpa kerja, maximum 5 tahun jika tiada masalah berbangkit.
Manakan tidak, keretaku kecil dan jimat minyak, maintenance juga tidak tinggi. Apartment yang aku sewa sekarang juga bersaiz sederhana. Ada 2 bilik dan 2 bilik air. Tetapi memandangkan aku tinggal seorang, apartment ini pun bagiku cukup besar.
Based on calculationku, aku hanya menggunakan sekitar $3000 hingga $3500 sebulan. Tetapi disebabkan aku jenis workholic, aku bercadang nak buka kedai sendiri dan hire 2 ke 3 orang staff untuk kelolakan kedai tersebut bersamaku. Cuma tak tahu lagi nak berniaga apa.
Alat tulis and kedai fotostat ke? Tapi profit kecil. Sebab fotostat sehelai baru 20cent. Kalau kedai makan, kena ada konsep untuk tarik pelanggan sebab kedai makan dah merata. Bakery ke? Nice juga. Memandangkan aku suka baking dan suka lihat orang makan pencuci mulut buatanku.
Untuk memastikan bakeryku sentiasa ada pelanggan, aku kena setup di lokasi yang strategik. Contoh berdekatan dengan syarikat-syarikat. Nanti sebelum masuk office, pekerja boleh singgah untuk breakfast, lunch boleh dine in and dinner boleh take away.
Tok tok...
Pintu apartmentku diketuk.
'Siapa pula datang malam-malam ini?' Desis hatiku.
Mataku melirik kearah jam dinding. Jarum pendek di angka 8 manakala jarum panjang di angka 7.
'Ada ke delivery barang jam 8.35pm?'
Dengan langkah berjaga-jaga, aku berjalan mendekati pintu dan melihat siapa yang datang melalui lubang intip.
Dup dap dup dap...
Jantungku berdegup laju apabila melihat wajahnya. Tanganku mula berpeluh. Aku rasa aku diserang panik. It takes me a moment to calm down and open the door.
"Bo... boss." Ucapku sejurus membuka pintu.
"Your'e late. I dah berdiri lama dekat luar ini. Penat tangan I ini ketuk pintu you. You tak dengar ke? Invest lah some money to buy doorbell." Bebelnya.
YOU ARE READING
Heart Beat
RomanceSequence Of ONLY HER. A story about a pair of twins who fall in love with the same person and how they express their emotions in unique ways. 'Andaikan aku mengagumi menggunakan fikiran, mungkin aku sudah berhenti sejak lama. Sayangnya, aku mengagum...