Sejurus sahaja masuk rumah, aku dudukkan Adeline di sofa sebelum ke dapur untuk memasakkan something liquidy. Aku juga sempat memberikan secawan teh halia untuk dia panaskan badan.
"Makan malam-malam mengemukkan." Ujarnya dari ruang tamu.
"Makan tengah malam sekali tak terus buat you gemuk. Masuk angin lagi bahaya untuk kesihatan."
"Kalau I gemuk, susah orang lain nak dekat. Tak macam someone itu, dah berpunya. Jadi bentuk fizikal tak lagi penting bagi you."
"Boss looks pretty in any shape. Kurus ke gemuk ke, boss sentiasa nampak menawan." Balasku bersahaja sambil mengacau bubur.
"Maybe you're right. I kurus and menawan macam ini pun, you curang. Means... bentuk badan bukanlah penentu orang itu akan setia and stay dengan kita. Ianya berbalik kepada hati. Nampak sangat I tak pernah ada dalam hati you."
Aku diam, tak membalas ucapannya. Nak cakap aku terasa? Bodohlah kalau tak tapi aku lebih suka dia berceloteh begini. Dari diam membisu. At least dia boleh ucapkan apa yang terbuku dihati dan tidak memendam.
"Kenapa you cakap rumah you suffocating? You dah sedar rumah you kecil, usang and buruk ke?" Soalnya lagi.
Aku sedikit tersentak bila dia tanya begitu.
"Kenapa you diam? You tidur dekat dapur ke? Itu jelah kerja you. Tidur memanjang. Cakap nak masakkan I." Bebelnya.
"Im not sleeping okay. I already finish cooking your meal."
"Then answer my question."
Sebelum aku memberikan jawapan, aku sudah menyendukkan bubur ke dalam mangkuk dan membawanya ke ruang tamu. Aku nampak Adeline memuncungkan mulut dan matanya tajam menjeling kearahku apabila aku mengambil tempat di sebelahnya.
"Di mata I, rumah ini besar sangat. Dulu dan sekarang, rumah ini tetap perfect di mata I. Cumanya.. I feeling suffocated because its empty. Tiada siapa yang menyambut I pulang. Buka je pintu... kosong. Dulu I think its normal and Im comfortable being alone tapi sekarang tak lagi. Ini semua salah boss. Selalu sangat datang dan input something yang bukan-bukan dalam otak I."
Ahhhh....
Aku menyuakan 1 sudu bubur kearahnya. Berharap dia akan membuka mulut tapi dia terus menghindar dan mengesot kebelakang, menjauhi aku.
"You mesti letak something dekat bubur itu. Sebab itu you tiba-tiba nak suapkan I."
"Mana ada."
"Tipu. Entah-entah, you letak julab. Tak pun racun tikus."
"You fikir I jahat sangat ke?"
Dia kembali merenung kearah aku. Nampak sangat tak percaya.
"Fine." Aku terus menyuapkan sudu yang aku suakan dia tadi kedalam mulutku sendiri. Siap nganga mulut luas-luas sebagai bukti aku dah telan. "Puas hati?"
YOU ARE READING
Heart Beat
RomanceSequence Of ONLY HER. A story about a pair of twins who fall in love with the same person and how they express their emotions in unique ways. 'Andaikan aku mengagumi menggunakan fikiran, mungkin aku sudah berhenti sejak lama. Sayangnya, aku mengagum...