1 minggu sebelum perkahwinan adik...
Hari ini tekakku terasa nak makan ayam goreng, jadi aku secara sukarela ke dapur untuk masak. Thanks to my wife already perapkan ayam sehari sebelum, jadi aku tinggal goreng sahaja. Inilah pentingnya cari pasangan yang tepat. 26 tahun kahwin pun, masih boleh rasa benefitnya.
"No wonder dari tingkat atas dah berbau sedap. Chef michelin tengah masak apa itu?" Tanya precious yang baru masuk dapur setelah sekian lama menghilangkan diri dalam pejabat mini miliknya.
"Ayam goreng. Tiba-tiba terasa nak makan."
"Terasa? Love mengidam ke? I tak rasa I eject sperm to your ovary this couple of days. How come? But the idea having adik for Ben, not bad actually." Dia dah pamer muka miang.
"Dah kenapa sampai ke situ pula precious fikir? Tua-tua ini, cubalah kurangkan sikit sifat pervert precious itu. You tengok fizikal I ini masih larat ke nak beranak?"
"Fizikal bukan ukuran tapi nafsu dan stamina. I masih bersemangat. Love jangan risau. Love tinggal baring je, I yang akan buat segalanya."
"Memang selama ini, you yang buat segalanya. Close topic ini. I nak makan. Ayam dah siap goreng."
"4 ketul je?" Aku tak perasan semenjak bila dia berdiri sebelahku untuk menjengah apa yang aku masak.
"Cukuplah itu."
"Cukuplah untuk you seorang atau untuk kita berdua?"
"I. Hehe." Aku dah tersengih.
Mukanya dah monyok. "Untuk I takde?"
"You tak cakap pun nak."
"Love tak tanya."
"You kan sibuk dekat pejabat mini. Tak nak lah ganggu."
"....."
"Okay-okay. Seketul je tau."
"....."
"Alah...janganlah dua ketul. I mana cukup makan 2 je. Nak 3."
"....."
"You kan makan sikit. Ambil jelah 1."
"....."
Melihatkan dia masih tak nak bercakap, akhirnya aku mengaku kalah. Tak mahu dia berdiam diri terlalu lama. Paling-paling, aku goreng je nanti lagi dua.
"Okaylah, kita kongsi. You dua, I dua. Fair and square."
"I nak tiga."
"Amboi... Orang beri betis, dia request paha pula. No-no. Ini pun kira I berbaik hati nak bagi dua ayam."
"Who said I'd like three chickens? Two chickens are enough. Another one I'd want you as a meal." Dia dah tersenyum jahat.
Buk... aku ketuk perlahan kepalanya.
YOU ARE READING
Heart Beat
RomanceSequence Of ONLY HER. A story about a pair of twins who fall in love with the same person and how they express their emotions in unique ways. 'Andaikan aku mengagumi menggunakan fikiran, mungkin aku sudah berhenti sejak lama. Sayangnya, aku mengagum...