"Beratnya..." ucapku separa mamai.
Perlahan-lahan aku membuka kelopak mataku.
'Dia ini tidur berjalan ke? Bukan tadi dia dah keluar?' Kataku dalam hati.
Ini dah masuk kali kedua Adeline tidur sambil menindih badanku. Posisi yang sama seperti sebelum ini. Seperti koala memeluk pohon. Cuma kali ini kepalanya ditenggelamkan ke leherku.
Disebabkan aku mengalami kesukaran untuk bergerak, dah tak pasal-pasal aku kena tidur sambil mendongak ke ceiling. Badan Adeline juga aku peluk supaya dia tak jatuh tergolek dari katil. Dah lah aku tidur di bahagian kanan katil. Kalau aku tahu aku bakal tidur dihempap begini, dari awal lagi aku tidur bahagian tengah katil.
'Tak sangka budak besar ini ada sisi macam ini. Tidur kena peluk sesuatu. Walaupun menyakitkan badan tetapi I find this act somehow... cute.'
Tanpa sedar tanganku membelai rambut Adeline. Lembut dan harum. Dia buat aku tertanya shampoo apa dia pakai.
'Benda pertama aku kena tanya dia esok adalah apa jenama shampoo yang dia guna. Aku harap dia tak fikir aku nosy.' Rancangku dalam otak.
Mungkin terlampau asyik membelai rambutnya, perbuatanku menyebabkan Adeline tak selesa lalu dia mengerakkan sedikit badannya. Setelah menemui keselesan dia mahukan, dia mengeratkan lagi pelukkan di tubuhku sebelum kembali terlena.
'Mesti bakal suami dia terkejut. Attitude Adeline so bossy but in fact while sleeping, shes only a baby. I should call her boss baby instead of bobear.'
Tiba-tiba terlintas di kepalaku soalan Adeline sebentar tadi yang sengaja aku biarkan tergantung. Bukan tiada jawapan tetapi renungan Adeline semasa menanyakan soalan, more kepada meminta kepastian. Seolah-olah dia sudah agak apa yang berada dalam hatiku.
Dan walaupun pahit untuk aku akui, tetapi jawapannya dari dulu hingga saat ini adalah...
ADA. Sentiasa.
Aku tahu aku pentingkan diri tetapi jangan salah faham. Aku memilih Ben kerana dia sentiasa memberikan aku kasihnya. Sedangkan Adeline baru menerima kehadiranku secara baik tak sampai dua bulan. Even pelbagai cara telah ku usahakan selama ini dan ianya telah meragut usiaku lebih dua dekad. Jadi tak salahkan aku nak kecapi kebahagiaan sekarang?
Aku tahu ramai pelik, cakap sebelum ini benci sangat pada Adeline. Kenapa tiba-tiba mengaku sayang? Jawapannya supaya mudah aku lepaskan dan tak membuatkan aku semakin jatuh cinta padanya.
Cukuplah tahap sayang yang sekarang. Itu pun mustahil aku lupakan. Jadi tak peliklah kalau dia sentiasa berada dalam fikiranku dan amat mudah untuk aku memaafkan.
YOU ARE READING
Heart Beat
RomanceSequence Of ONLY HER. A story about a pair of twins who fall in love with the same person and how they express their emotions in unique ways. 'Andaikan aku mengagumi menggunakan fikiran, mungkin aku sudah berhenti sejak lama. Sayangnya, aku mengagum...