"Dadamy, Mommy... perkenalkan Eli. Teman wanita adik." Ucapku sejurus berdiri dihadapan keluargaku. Auntie Mia juga berada disitu.
Aku melirik kearah Eli. Dia sebaik mungkin mengukir senyuman bagi menutup kegugupannya. Aku memegang tangannya yang berada di lenganku. Sejuk beku.
"Dah besar dah anak you Mia. Cantik orangnya." Ucap Mommy lalu berjalan menghampiri Eli. Tak sempat dia nak peluk, Dadamy dah tarik dia kebelakang.
"Apa you ini..." marah mommy.
"You lagi cantik." Balas Dadamy bersahaja. Langsung tak peduli mommy sedang marah. Malah dia rangkul pinggang mommy adalah.
"Ini first time Ben kenalkan kita pada girlfriend dia. Bagilah I peluk."
"Bukan you tak pernah jumpa. Di mata I dia masih anak gajah. Tak perlu peluk. Peluk I je dah cukup."
"Dadamy. Eli cantik okay. Time jadi anak gajah pun cantik. Dia sentiasalah cantik. Dulu sampai sekarang. Jangan nak kutuk my Eli." Balasku mempertahankan Eli.
"Jadi B ngakulah, dia anak gajah?" Soal Dadamy lalu mengukir senyuman sinis.
Bagai disambar petir, aku baru tersedar aku tersalah cakap. Terus aku mengerling kearah Eli. Aku sangkakan dia akan kecil hati tetapi tidak. Malah dia tergelak. Aku angau sesaat apabila melihat dia dan lesung pipitnya.
"Hello... we still here." Ucap Auntie Mia tiba-tiba.
"Maaf. Dimana kita tadi? Oh... sesi perkenalan. Auntie Mia, ini Eli, girlfriend Ben."
"Ohhh... Auntie macam kenal budak ini. Dia bukan anak Auntie ke?"
Sekali lagi aku dihentam rasa malu. Kenapa aku introduce Eli seolah-olah aku pula anak Auntie Mia? Dah aku tersengih.
"Mama... ini Ben. Teman lelaki Eli." Ucap Eli menyelamatkan aku.
Auntie Mia tak membalas dan hanya mengukir senyuman.
"Tak sangkakan Mia, anak-anak kita bercinta sesama mereka." Ujar Mommy.
"Tulah tu. Nampaknya sampai bila-bilalah I kena hadap muka boss I. Hurm.... Zara, bosan-bosan, jom pergi holiday. Woman's day out. My husband sekarang ligat merayap. Dah tua-tua makin kerap tak duduk rumah. Tengoklah, hari ini pun dia tak boleh teman I attend event ini. Sibuk join competition memancing dengan kawan-kawan dia. Padahal event ini penting dalam hidup I. I sunyi tau." Luah Auntie Mia.
"Takde-takde. You pergi kacau orang lain. Sibuk nak ajak isteri I bagai. Sampai nak holiday. Habis I ini, takkan nak tidur sorang?" Ngomel dadamy.
"Boss... takkan setakat 3 hari tak boleh tidur sorang. Zara pun nak bebas juga, kan Zara?"
"Really my love? You nak tinggalkan I ke? Demi Mia jahat ini? I dah tua... you mesti dah tak sayang I. I tak secantik dulu. Entah-entah, dimata you, anak gajah ini lagi cantik." Siap ada drama air mata lagi dibuat dadamy.
YOU ARE READING
Heart Beat
RomanceSequence Of ONLY HER. A story about a pair of twins who fall in love with the same person and how they express their emotions in unique ways. 'Andaikan aku mengagumi menggunakan fikiran, mungkin aku sudah berhenti sejak lama. Sayangnya, aku mengagum...