Kedatangan aku kali kedua sangat memeranjatkan Auntie Bella tetapi aku dah bertekad dan mula memberitahu niatku. Of course aku dapat tentangan. Manakan tidak, lagi sebulan nak kahwin, aku buat kerja gila. Aku tutupkan sahaja telinga dan berlalu ke bilik Sofea.
Aku ketuk pintu biliknya sebelum itu dan menanti kebenaran untuk masuk. Tak lupa juga memberitahu aku ini siapa. Tak nak dia fikir aku sebagai ancaman.
"Buat apa abang datang kesini lagi?" Soalnya dari dalam.
"Can we talk for a bit?"
"Takde apa yang Sofea nak cakap. Abang pergilah balik... dah malam." Ucapnya dengan suara serak. Pasti dia berendam air mata lagi.
Kenapa entah, aku boleh jangkakan respon itu daripada dia. Sedikit pun aku tidak berkecil hati. Akhirnya aku memilih untuk duduk bersandarkan pintu biliknya.
"After near 1 month of trying, finally I get to meet you. Kenapa Sofea menghindar dari jumpa abang? Sofea pun salahkan abang atas apa yang menimpa diri Sofea? Do you hate me that much?"
"...."
"Abang minta maaf. Patutnya masa abang ada rasa tak kena dengan kawan Sofea hari itu, awal-awal abang dah bersikeras minta Sofea ikut abang. Walaupun secara paksa dan tanpa kerelaan Sofea. Mungkin semua ini takkan terjadi. Im deeply sorry and feel remorse for what happen to you."
"......"
"I did a lot of thinking before coming here and I come to a decision to free you from here."
"You cant.... I already give up on everything. Including my life."
"What if I say I can help Sofea get out from despair?"
Lama dia diam barulah dia balas, "How?"
"Abang tak nak berbasa-basi dengan Sofea and akan straight to the point. Abang akan kahwin dengan Sofea dan akan bertanggungjawab atas diri Sofea sehingga ke nafas terakhir abang."
"No! Im... with a child."
"Berkenaan anak dalam kandungan Sofea itu, Sofea tak perlu bimbang. Dia akan jadi anak abang. Segala keperluan dia, abang akan tanggung dan akan sayangi dia macam darah daging abang. Dia akan bawa nama keluarga abang dalam sijil lahirnya. Abang akan pastikan, tiada siapa akan ragui abang sebagai bapa kandungnya. Itu janji abang."
"Kenapa? Atas dasar simpati? Sofea tak perlukan simpati dari siapa-siapa. Walaupun orang itu adalah abang."
"Its not about sympathy anymore. Sofea perlukan abang untuk keluar dari penjara yang Sofea bina dalam diri Sofea. Abang cuma nak perkataan 'bunuh diri' lenyap dari fikiran Sofea dan Sofea dapat teruskan hidup seperti dahulu. Abang tak minta banyak. Hanya beri abang peluang memperisterikan Sofea."
"Apa abang cakap ini? Habis Kak Eli?"
"I will put a stop to our wedding and make her hate me. Abang tahu tindakan abang kedengaran kejam pada Eli tapi abang percaya, ini adalah keputusan yang terbaik untuk semua. Sofea tak perlu bimbangkan Eli kerana abang tahu ada seseorang yang akan menggantikan abang untuk membahagiakan dia. Seseorang yang abang sanjung tinggi."
YOU ARE READING
Heart Beat
RomanceSequence Of ONLY HER. A story about a pair of twins who fall in love with the same person and how they express their emotions in unique ways. 'Andaikan aku mengagumi menggunakan fikiran, mungkin aku sudah berhenti sejak lama. Sayangnya, aku mengagum...