CHAPTER 36 : UNEXPECTED PART 2

126 18 1
                                    

Apabila melihat doorbell camera, rupanya orang penghantar barang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apabila melihat doorbell camera, rupanya orang penghantar barang. Bermula dari situ, precious ambil alih. Dari berbual dengan delivery guy until setup place untuk diorang letak barang-barang dihantar. Hampir 45minit juga mereka berurusan.

Sementara mereka tengah sibuk, aku ke dapur kembali untuk bersantap ayam goreng tadi. Setelah semuanya selesai, barulah aku munculkan diri didepan precious.

"Barang apa mereka hantar?" Soalku pada precious.

"Goodies untuk diagihkan pada tetamu nanti."

"Iya ke?" Aku dah melonjak teruja. Cepat-cepat aku mengambil salah satu kotak dan bawa ke ruangtamu. Dengan agak rakus, aku koyakkan kotak tersebut. Tapi wajah yang tadinya excited berubah bingung. Perubahanku menimbulkan tanda tanya pada precious.

"Kenapa?"

"I think they make a mistake."

"What mistake?"

Aku tak menjawab persoalannya dan terus berjalan menuju ke timbunan kotak yang disusun. Satu demi satu aku koyak. Semuanya sama.

"Cuba beritahu I apa masalahnya. Jangan freak out sorang-sorang."

"The letter at the goodies. It suppose to be written as BE. Capital letter for Bently and Elizabeth. Not BS."

"All of them?"

"Yes precious, all of them."

"I call pihak mereka jap."

"No need. Tiada kesilapan. Adik yang minta mereka ubah last minute." Sampuk Ben yang baru pulang kerja. Sejak bila dia balik pun aku tak perasan.

"Kenapa adik ubah? Nama Eli kan bermula dengan huruf E. Bukan S."

"....." dia hanya memandangku sepi tanpa membalas.

"Answer your mom when she ask you B." Ujar precious dengan nada tegas.

"Its not a big deal Dadamy. B just make a few changes. Dari goodies and name on the card. The wedding will still go on but..." dia membiarkan ayatnya tergantung dan tidak lagi bertentang mata denganku.

"Tapi apa B? Habiskan ayat B." Gesa precious.

"With a different bride."

"Huh? Different bride? Mommy tak faham."

"Adik dah putuskan tali pertunangan dengan Eli minggu lepas secara bersemuka. Berita ini juga telah adik sampaikan kepada Auntie Mia awal-awal. Supaya tiada salah faham berlaku antara kedua belah pihak. Hanya keluarga kita sahaja tak tahu sebab adik tak tahu nak beritahu macam mana. Tapi alang-alang dah kantoi dengan mommy. Better adik berterus terang." Explain Ben.

Muka adik sedikit tegang semasa berterus terang. Ini pertama kali aku lihat adik pamer wajah sebegitu.

Pernyataan adik seolah-olah bom dicampak directly kemukaku. Aku tergamam hingga hilang kata-kata. Untuk sesaat, raut wajah sayu Eli terlintas dikepalaku. Mesti hancur perasaannya dikala ini dan aku yang mengaku sebagai mommynya, langsung tak menjengok keadaannya. Adakah dia anggap aku tak peduli dan kasih sayang aku curahkan selama ini sekadar kepuraan?

Heart BeatWhere stories live. Discover now