CHAPTER 29 : HIDING

146 17 0
                                    

Semenjak hari itu, susah sangat aku nak tengok batang hidung Adeline

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semenjak hari itu, susah sangat aku nak tengok batang hidung Adeline. Dia memanjang tiada. Selalu sangat outstation, tak pun jumpa client. Pada hari aku pickup barangku di ofis, dia sedang bermeeting. Malah mejaku yang sepatutnya berada dalam pejabat dia, awal-awal telah dikeluarkan.

Time farewell party, dia langsung tak munculkan diri. Lama aku tunggu dia datang. Padahal, dia yang bayar makan malam itu. Nampak sangat, dia cuba menghindar dari bertemu mata denganku. Cuma ada masa, dia tak dapat nak lari. Lagi-lagi ketika majlis pertunangan aku dan Ben dah dekat. Nak tak nak, dia kena terbabit dan hadir dalam beberapa kali pertemuan.

Tapi seperti tiada beza, dia dalam dunianya sendiri. Tak banyak bergaul dan lebih banyak berdiam diri dan tengok Tab. Ralit sangat buat kerja. Walaupun mommy tegur, dia tetap tak berganjak.

Aku terperasan juga tatapan dadamy pada Adeline, seolah-olah tahu suasana hati puterinya tidak baik. Dia sengaja tenggelamkan dirinya dalam timbunan kerja untuk mengalihkan perhatiannya dari masalah hati.

"Queen masak apa?" Ucap Ben masuk sahaja ke ruang dapur.

"Snack untuk minum petang. Tak pasti your family would like or not."

"Kalau mereka tak suka, I boleh habiskan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kalau mereka tak suka, I boleh habiskan. Dont worry. I jaguh makan." Balasnya ceria.

Dengar sahaja ucapannya, aku mengukir senyuman. Lagi beberapa hari, kami berdua akan terikat dalam suatu jalinan pertunangan. Jadi Auntie Laira ajak aku untuk tinggal di mansion mereka untuk sementara waktu alang-alang majlis itu akan dibuat disini.

"Sedappppp!!!" Puji Ben secara tiba-tiba.

Kus semangat... terperanjat aku dibuatnya.

Aku tak perasan sejak bila dia mengambil Chicken Seaweed Roll dari pinggan yang berada atas kitchen island. Aku lihat sahaja telatahnya menikmati makanan.

Betullah orang kata, lihat orang lain makan masakkan kita akan datangkan kepuasan dalam diri. Tapi wajah yang tadinya penuh nikmat beransur-ansur berkerut. Tak memasal aku pula cuak.

"Kenapa? Ada tak kena ke dengan masakkan I?"

"Susah lah macam ini. I tak rasa nak kongsi." Keluhnya.

Terus aku tepuk lengannya. Aku fikir apalah tadi.

Heart BeatWhere stories live. Discover now