I wake up early today just to avoid getting free lecture by Adeline if I come to work late again. Mungkin sebab aku dah skip kerja hampir seminggu, jadi agak takut untuk masuk kerja balik. Ini belum masuk ketakutan aku apabila staff lain bertanyakan itu ini. Aku sendiri tak pasti mereka tahu tak aku dah submit resignation.
Jika mereka tahu, mesti mereka assume aku bodoh bak kata Adeline. Manakan tidak. Aku merangkul jawatan yang tinggi, gaji besar dan dikurniakan boss yang baik lagi prihatin. Even kenyataannya tidak begitu indah dan hanya aku sahaja yang tahu. Huhhhh...
Better aku anggap hari ini seperti hari pertama aku jejak kaki dekat Syarikat Airen. Supaya rasa berat hati yang aku rasakan bertukar jadi bersemangat.
Aku mengerling kearah jam tanganku. Sudah menginjak jam 7.15am. Better aku gerak awal. Aku terus mengambil beg dan telefon pintarku.
Bukkk....
Handphone ditanganku terlepas ekoran terkejut apabila buka sahaja pintu bilik, ada satu entiti yang sedang duduk di sofa ruang tamu. Dia membuatkan pergerakkan ku kaku didepan bilik.
"Eve, make me some breakfast while I recheck this agreement." Arahnya langsung tak memandang wajahku.
Lidahku kelu dan otakku blank habis. Mataku masih tepat memandang kearah dia.
Mungkin dia menyedari aku tak balas, akhirnya dia menoleh kearahku. Mukanya seperti biasa, no smile at all. Hanya memandangku kosong.
"Do I need to repeat myself?" Soalnya sedikit annoying.
"Mac.. macam mana boss boleh masuk rumah I? I remember I lock the door last night." Soalku kembali.
Dia tidak membalas dan hanya mengambil 1 gugusan kunci di atas meja lalu mengoncang gugusan tersebut kearahku.
'Jangan cakap...' desis hatiku.
"Boss duplicate all my keys?" Tanyaku terperanjat. Aku tahu dia ini melampau, tetapi tak sangka ke tahap ini. Tahap yang tidak dapat diselamatkan.
"How many times I come to your house?"
"Twice."
"Kedua-dua waktu itu, you lambat buka pintu. Buat I tercongok depan apartment you. Even I knock, lambat bukanya. You keep wasting my times. So... it come to this. Its your fault in the first place. Dont blame me." Balasnya acuh tak acuh lalu kembali menatap Ipad nya.
"Enough with the talking. Now, go make me some breakfast." Sambungnya lagi.
Aku sejujurnya sumpah nak marah tetapi kenapa apa yang keluar dari mulut dia kedengaran betul ya? Ke ini salah satu taktik guilt trip dia? Aku rasa perbuatan dia ini boleh dilabel as trespasing. Tetapi mampu ke aku laporkan dia?
"Baik boss." Itu sahaja yang terluah dari mulutku. Aku menutup pintu bilik lalu meletakkan beg dan telefonku diatas sofa sebelum bergerak ke dapur.
"As a reminder, dont make me american breakfast. Make me something fancier. "
YOU ARE READING
Heart Beat
RomanceSequence Of ONLY HER. A story about a pair of twins who fall in love with the same person and how they express their emotions in unique ways. 'Andaikan aku mengagumi menggunakan fikiran, mungkin aku sudah berhenti sejak lama. Sayangnya, aku mengagum...