17 tahun berlalu...
Jantung aku berdebar menanti ketibaan si dia, orang yang aku kagumi. Hari ini dia akan melapor diri di syarikat Airen dan bakal jadi orang atasan aku. Adeline akan merangkul jawatan president sementara aku bakal menjadi secretary merangkap personal assistantnya.
Auntie Laira akan kekal menjadi CEO di company ini dan Adeline akan jadi second in command below CEO. Sepanjang 3 tahun aku bekerja disini, aku masih lagi mempunyai rasa takut kepada Auntie Laira. Dia seorang yang sangat dingin di tempat kerja dan merupakan orang yang paling payah senyum. Tiada siapa menyukainya termasuklah aku.
Tetapi perwatakkannya akan jauh berbeza bila Auntie Zara muncul. Dia akan jadi seorang bucin (budak cinta). 24 jam nak berkepit dengan Auntie Zara seolah-olah dia tiada kerja. Sejujurnya aku suka tengok hubungan mereka berdua. Sangat harmoni. Perwatakkan mereka suit each other. Agak berbeza dengan keluargaku but still, Auntie Laira tetap menakutkan bagiku.
Berkenaan Adeline, 17 tahun aku cuba mengejar pencapaiannya supaya layak berdamping dengannya tetapi sukar. Mana taknya, seawal usia 22 tahun, Adeline sudah merangkul 2 phd in her possession. Sedangkan aku yang ketika ini berumur 28 tahun, pencapaian tertinggiku hanyalah Master. Itu pun tercunggap-cunggap aku nak habiskan.
Adakah perkara ini menjatuhkan semangat aku untuk berkawan dengan dia? Jawapannya tidak. Habis sahaja master, aku terus memohon kerja di Airen tanpa bantuan siapa-siapa.
Even mama pun tak tahu aku bekerja satu company dengan dia sehinggalah setelah setahun aku berkhidmat disini. Itu pun kerana aku diarah naik ke floor mama untuk hantar dokumen.
Setelah diasak dengan pelbagai soalan, barulah mama tahu kenapa aku bekerja disitu. Mama tak cakap apa kerana ini adalah pertama kali aku buat sesuatu yang aku betul-betul mahu. Malah dia encourage apa yang aku lakukan.
Maka bermula dari situ, mama perlahan-lahan mengajar aku tanggungjawab seorang personal assistant or secretary. Dia yakin apabila Adeline mengambil alih company ini satu hari nanti, dia akan sangat memerlukan seorang secretary.
Walaupun begitu, disamping aku belajar tugas seorang PA bawah seliaan mama, aku masih perlu menyiapkan tugasku sebagai seorang karyawan biasa. 2 tahun aku mempersiapkan diri untuk hari ini. Supaya aku boleh bantu Adeline untuk kecapi apa dia mahukan.
Semenjak peristiwa Adeline pergi meninggalkan aku setelah aku menyatakan 'Like' kepada dirinya, kami berdua langsung tidak berselisih. Aku sentiasa cuba mencari peluang untuk mendekatinya tetapi dia seolah-olah bersembunyi dariku. Tak pernah sekali pun aku berjaya menatap wajahnya even aku kerap kali kerumahnya.
Aku hanya bergantung harap pada informasi diberi oleh Ben, adik Adeline. Tentang perkhabaran Adeline, pencapaiannya, apa yang dia suka dan apa yang dia benci.
Hatiku sedikit terkilan bila mengetahui Adeline tidak suka pada diriku atas sebab yang aku sendiri tak tahu. Dia sangat anti dengan nama Elizabeth dan sentiasa menjauhi mana-mana manusia bernama Elizabeth.
YOU ARE READING
Heart Beat
Lãng mạnSequence Of ONLY HER. A story about a pair of twins who fall in love with the same person and how they express their emotions in unique ways. 'Andaikan aku mengagumi menggunakan fikiran, mungkin aku sudah berhenti sejak lama. Sayangnya, aku mengagum...