Hampir sahaja luluh jantungku apabila mengerling ke seat co-pilot sebelah. Aku tak perasan sejak bila si Adeline ini sedar. Tahu-tahu, dari tadi dia tersenyum-senyum kearahku. Serupa orang tak siuman. Walaupun mata dia masih tak terbuka sepenuhnya tapi sengihan tak lekang dari bibirnya. Naik seriau aku dibuatnya.
"Boss okay?" Soalku.
Tak semena-mena dia ketawa. "Boy... since when rambut you panjang? Macam perempuan. Siap ponytail lagi."
'Lah... dia senyum-senyum sebab dia sangka aku boy ke?'
"Keluarga yakuza you mesti gelakkan nanti."
"Saja ubah suasana. Nanti I potong." Balasku melayan.
"I think effect alkohol, suara you pun dah macam perempuan."
"...."
"Wooooo..." ucapnya kuat secara tiba-tiba.
Dengan aku-aku terperanjat dan mengerling kearah dia sekilas. Kami bertentang mata untuk sesaat sebelum matanya kembali ditutup.
"Kenapa?"
"Your face so gorgeous."
"Stop do that. I ingat apa tadi."
"I must be mad. I thought I see Eli face."
'Eli?' Desis hatiku.
"You think Eli gorgeous?" Sengaja aku duga dia.
"She stupidly... gorgeous." Dihujung ayat dia nampak malu-malu kucing.
'Ye-ye je Boy cakap orang mabuk berkata benar. Adeline tak pernah dan mustahil cakap aku cantik. Cuma tang stupid itu je betul.' Kataku dalam hati.
"Where did you go all day?" Soalku.
"Boy... teruk sangat you ini mabuk. Sampai tak ingat I sepanjang hari dengan you."
'Ceh... Dia sendiri tak boleh bezakan aku dengan kawan dia. Berjalan sendiri pun tak mampu, lagi nak tunjuk kuat.'
"Boy...." panggilnya.
"Yes boss." Sahutku. Dah mulai terbiasa dengan nama baru.
"Lets go for another round. My treat."
"Cukup-cukup lah itu. Boss dah banyak sangat minum."
"Its not enough. My heart still hurting. The pain wont go away."
"Hurt? Whos dare to hurt you? I can confront that person on boss behalf." Ucapku tak fikir panjang. Tiba-tiba lenganku dicengkam kuat oleh Adeline. Saking kuatnya, sampai aku berdesis.
"Dont you dare!" Ucapnya sebagai warning.
Mata yang tadinya hampir tak terbuka kini mencerlung menatapku. Tingkah lakunya menghadirkan perasaan gerun dalam diriku. Lagi-lagi sekarang dia menganggap aku sebagai Boy dan bukannya Eli. Aku tak tahu sekasar mana dia dengan rakannya.
YOU ARE READING
Heart Beat
RomanceSequence Of ONLY HER. A story about a pair of twins who fall in love with the same person and how they express their emotions in unique ways. 'Andaikan aku mengagumi menggunakan fikiran, mungkin aku sudah berhenti sejak lama. Sayangnya, aku mengagum...