CHAPTER 27 : DRUNK

152 17 2
                                    

Aku mengerling kearah jam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku mengerling kearah jam.

2.30am

'Kenapa susah sangat aku nak lelap mata malam ini?' Bisik hatiku.

Aku kembali melihat ke ceiling. Nak cakap aku tak penat? Hari ini aku lebih penat dari kebiasaan. Sepatutnya tak jadi masalah untuk aku tidur. Aku meraba-raba kearah katil dan mengambil bantal pelukku. Masih mencuba untuk tidur dengan memeluknya, tapi tetap tidak boleh.

Adakah kerana aku sudah terbiasa tidur ditemani seseorang? Semalam pun aku mengalami kesukaran untuk tidur.

Jika diikutkan, baru 2 minggu aku tidur berpelukkan dengan Adeline. Takkan itu menjadi asbab praktisku tidur seorang diri selama 32 tahun musnah?

Ahhhhh.... keluhku untuk kesekian kalinya.

'Mana dia pergi dari tengahari tadi? Kenapa dia tak datang makan malam dirumahku?'

Aku mengambil telefon dimeja kecil sebelah katil.

'Perlu ke aku hubungi dia?' Soalku dalam hati.

Aku bimbang sejujurnya. Takut menganggu lenanya. Tapi mungkin juga dia masih belum tidur. Should I?

Setelah puas bergolak dengan perasaan sendiri, akhirnya aku memilih untuk hubungi dia. Kalau dia marah, cakap sahaja, aku tertekan. Bukan niat dihati nak mengacau dia, tapi ini semua demi ketenteraman hatiku sendiri. Melihatkan pemergian dia pagi tadi dari meja makan angkara abangku, sumpah hatiku diserang rasa serba salah.

Ring.... Ring.... Ring....

Lama aku tunggu tetapi tidak berangkat. Baru sahaja aku nak matikan, tiba-tiba...

Tyrant Boss : Hello...
(Sapa suara garau dihujung talian.)

Bingkas aku bangun dari pembaringanku apabila disapa suara garau seorang lelaki. Aku kembali tatap skrin telefonku. Aku yakin ketika ini aku hubungi Adeline.

Eli : Ini siapa?

Tyrant Boss : Bukan ke you yang call first? Commonly, pemanggil sepatutnya tahu siapa yang dia hubungi.

Eli : Mana tuan empunya telefon?
(Tanyaku tegas.)

Tyrant Boss : She pass out at our secret place.
(Balasnya bersahaja.)

Eli : What? Where? I will come and fetch her right now.

Tyrant Boss : Why you need to do that? Let her be.

Eli : Just share your location. Tak perlu banyak tanya.

Tyrant Boss : Garangnya... Kenapa I perlu turuti arahan you? Jaga your tone. You tak tahu you tengah berurusan dengan siapa.

Eli : Masa you angkat telefon, takkan you tak tahu siapa nama pemanggil?
(Aku masih tak turunkan ton suara.)

Tyrant Boss : No. She only save your number as My Dumb Kitten. Even your name, I dont know. Why not, we introduce each other first? Baru I beri keputusan nak beritahu location dia or not.

Heart BeatWhere stories live. Discover now