CHAPTER 30 : LETTER

300 24 11
                                    

1

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

1.30am

Segala cara telahku buat untuk memejamkan mata. Dari turunkan suhu aircond hingga jauhkan handphone dari tempat tidurku, semuanya tak berhasil.

Akhirnya aku turun dari katil untuk ke lantai bawah. Berniat untuk basahkan tekak. Mungkin secawan susu panas boleh menyelesaikan segalanya. Mommy cakap, feel free to use anything in this house. So, maka bermulalah era aku buat rumah ini seperti rumahku.

Sedang aku menuruni tangga, aku terperasan ada someone buka pintu rumah. Tak tunggu lama untuk terpancul kepala Adeline dari balik pintu.

"Boss baru balik kerja?" Dia yang tak perasan kehadiranku pada mulanya agak terkejut apabila aku mengajukan soalan itu. Dia menatapku seketika sebelum memalingkan muka ke tempat lain.

"...."

"Lewatnya. Banyak kerja dekat ofis?"

"...."

"Dah makan?" Soalku lagi. Tapi langsung tak berjawab. Malah dia berjalan melepasiku seolah-olah aku tak wujud.

"I cant sleep." Keluhku perlahan. Hampir tak didengari.

Pada saat aku putus harapan nak cakap dengan dia, aku lihat dia berjalan melepasiku dan berlalu ke dapur. Dia tak buat apa dan hanya duduk di island dapur. Terus terukir senyuman dibibirkan.

"Tadi your dadamy ada buat puding caramel and cocktail buah. Boss nak?"

"....." jangankan balas, tengok muka aku pun dia tak nak. Lebih suka tengok meja.

"I turun nak minum susu panas." Aku dah membelakangi dia dan lihat semua arah. Berniat nak cari susu.

"Boss tahu dekat mana letaknya?" Aku dah tergaru-garu kepala. Dapur ini rapi dan semua bahan senang spot tapi ini bukan rumahku. Jadi aku tak tahu kedudukan semua bahan.

Tak tahu bila dia bangun tetapi dia dah berjalan didepanku lalu menghampiri 1 cabinet. Dia mengeluarkan susu dari situ. Aku hulurkan tangan nak ambil tetapi dia buat tak endah dan mula bancuhkan susu untukku. Entah mengapa, tingkah lakunya menghadirkan kehangatan untukku.

Tak nak ganggu dia lebih lama, aku pun mengeluarkan desert yang aku offer sebentar tadi dan letakkan di meja tempat dia duduk. Pada saat aku siap hidangkan, dia juga letakkan susu di meja bertentangan tempat dia duduk.

Kami berdua duduk ditempat masing-masing dan Adeline mula makan dengan senyap. Canggung pula aku dibuatnya. Jadi aku memilih untuk tatap susu di tanganku. Beberapa minit berlalu dalam keadaan sunyi.

"Tak boleh tidur sebab tilam tak selesa?"

Dengar sahaja soalannya, aku terus angkat kepala. Ekoran perbuatanku, sekali lagi dia mengalihkan pandangan ke tempat lain.

'Mungkin dia tak suka kami bertentang mata.' Ucapku dalam hati. Jadi aku memilih untuk tak lihat wajahnya supaya lebih mudah dia nak berbual denganku.

"Selesa je. Mungkin I yang masih tak familiar dengan tempat ini."

Heart BeatWhere stories live. Discover now