CHAPTER 17 : BREAK

180 17 4
                                    

"I have my own reason

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"I have my own reason."

"Check this tiny car throughly before pass it to her rightful owner."

This 2 line from Adeline keep echoing in my ears. Sesak sungguh dadaku selagi kata maaf tak ku luahkan padanya. When I remember back how I treat her this couple of days and the last word I say to her, makin kuat rasa serba salahku padanya.

Im not sure if Ben story is valid or not but I know he wont make up story. Ben tak tahu ketika ini sedang berlangsungnya silence war antara aku dan Adeline.

'Mana dia pergi ini? Did she start distancing herself from me? Or... did she start to hate me?' Desis hatiku.

Adakah aku akan kembali ke zaman itu? Zaman Adeline memalau dan anti denganku? Even nama aku pun dia tak nak boleh dengar. Nama apa pula aku nak guna kali ini? Eli tak boleh, Eve tak boleh.

Tanpa sedar, mataku kembali berair. Aku kerap kali menyembur Adeline dengan perkataan 'benci' sedangkan aku sendiri tahu betapa sakitnya perkataan itu untuk diri seseorang. Aku menepuk mulutku beberapa kali. Celupar sangat hingga menyakitkan seseorang.

Akibat terlalu melayan perasaan, aku tak sedar aku telah sampai di depan pintu rumah. Tapi... pernah tak rasa even nak masuk rumah pun terasa sesak? Paling-paling hanya kekosongan yang menemani aku.

Tangan yang tadinya memegang tombol pintu akhirnya ku lepaskan. Aku kebelakang beberapa langkah hingga mengenai dinding dan perlahan-lahan rebah di hadapan pintu. Rasa hopeless...

Lama aku menatap kosong pintu rumahku hinggalah tak semena-mena tangisan yang tadinya berada di tubir mata turun dengan derasnya. Puas aku kesat tetapi ianya tak berhenti. Ianya mengalir dan terus mengalir.

Dan tanpa sedar, aku telah menyembunyikan diri dengan menyembemkan wajahku diatas lutut yang kini rapat ke dada. Semuanya terasa asing. Aku tak lagi kenal diriku sendiri.

Semenjak bila aku mula membenci orang? Kenapa aku tergamak tinggalkan dia di pejabat seorang diri? Apa beza aku dan Adeline sekarang? Entah-entah, berbanding Adeline, aku lebih kejam. At least, dia tak pernah tinggalkan orang dalam kesusahan.

Saat berganti minit. Minit berganti jam. Perlahan-lahan, aku loss in time dan hanyut dalam duniaku sendiri. Dunia mimpi. Aku fikir aku akan dapat ketenangan disana tapi aku silap, mimpiku penuh dengan wajah sayu Adeline.

Yang lebih perit, ketika aku mendekatinya, dia makin menjauh hingga tak terkejarkan olehku. Puas aku panggil dan merayu dia bersungguh-sungguh untuk berhenti, dia langsung tak menoleh. Tahulah aku, dia sudah membenciku.

Sob... sob...

Aku terjaga dari mimpi dengan esakkan. Terasa seperti nyata. Makin kuat aku memeluk diri sehingga terlurut sesuatu dari badanku. Apabila aku mengintai dari celahan lubang yang ada, aku dapati yang terlurut dari badanku adalah selimut baldu. Lama aku intai sebab aku tak ingat aku membaluti diri dengan apa-apa kain.

Heart BeatWhere stories live. Discover now