Hazemi pov.
Pagi..
Aku bangun agak awal dari biasa. Sebab hari ni aku kena gantikan papa aku untuk menguruskan syarikat dia. Sebenarnya aku tak nak tapi mama aku yang minta sooo aku iye kan jugaklah walaupun aku takde pengalaman dalam bidang bisnes ni.
Selepas aku mandi aku pakai pakaian yang dah disiapkan oleh bibik di bilik pakaian. Aku pakai dan aku mempersiapkan diri. Sikat rambut, pakai perfume dan beberapa alat eksesori yang lain. Lepas aku dah siap aku pun keluar dari bilik tersebut dan turun ke bawah untuk sarapan.
Makanan untuk sarapan dah di siapkan atas meja makan. Aku tinggal duduk dan makan. Menu pagi ni mee goreng aku bukanlah orang yang cerewet apa pun kau masak aku makan. Aku senduk mee dalam beberapa senduk kecil dan taruk dalam pinggan. Aku capai sudu dan garfu dan mula makan.
Beberapa suap mee aku masukkan dalam mulut. Sambil tu aku lihat telefon tentang maklumat beberapa pekerja penting di syarikat papa aku. Dalam banyak-banyak maklumat yang aku baca aku tertarik pada sorang ni. Namanya emmmm Hariz Afreen. Umur dia tak jauh dari aku baru 24 tahun.
Dan apa yang membuatkan aku tertarik adalah dia baru 2 tahun kerja dan dapat banyak pencapaian terbaik dalam syarikat. Aku tak sangka ada orang muda yang sangat muda lagi nak bekerja dalam kerajaan biasanya golongan muda yang umur macam dia lebih berminat untuk sambung belajar dan ada juga yang menghabiskan waktunya untuk perkara yang bodoh. Contohnya macam aku hahahaha jangan ditiru ye.
Jam dalam pukul 8 tepat aku dah keluar dari dalam rumah. Bodyguard aku yang tunggu di kereta membukakan pintu untuk aku apabila dia melihat aku datang.
??: selamat pagi Tengku
Aku:(angguk) pagi
Aku masuk dalam kereta bersamaan dua bodyguard aku yang duduk di seat depan. Tanpa melengahkan masa kereta terus dipandu ke syarikat papa. Masa dalam perjalanan aku mendapat call dari PA aku. Aku pun angkat panggilan dia.
Aku: hello
??: asalamualaikum Tengku. Tengku dah gerak ke?
Aku: dah kenapa
??: takde pape saya dah sampai niii.
Aku: ouhh ok kau tunggu aku kat depan pintu utama.
??: baiklah Tengku.
Aku terus letak panggilan. Aku tak tau apa yang akan jadi sepanjang aku mentadbir syarikat cuma jangan bangrup sudahlah hahahaha. Sementara nak sampai ke syarikat aku membuang masa aku dengan dengar lagu.
1 jam kemudian..
Tiba di perkarangan syarikat aku membetulkan baju dan tali leher aku biar nampak segak. Bila kereta berhenti di pintu utama PA aku membukakan aku pintu dan aku keluar. Aku bersalam dengan dia.
Pa: selamat datang Tengku
Aku:(angguk) semua dah stanby ke?
Pa: dah Tengku semua tunggu Tengku di dalam bilik mesyuarat.
Aku: bagus jom gerak sekarang.
Aku bersama PA aku masuk dalam syarikat. Bila kitaorang masuk banyak mata-mata yang memandang kearah kitaorang lagi-lagi kaum wanita. Mungkin aku hensem sangat kot hahaha gurau². Kitaorang masuk dalam lif dan PA aku tekan tingkat nom 10. Lif pun segera tertutup dan kitaorang di bawa ke tingkat atas.
Aku: aku duduk dalam bilik papa aku ke?
Pa: ye Tengku. Bilik tersebut sudah di kemas malam semalam. Saya dah arahkan cleaner bersihkan.
Aku: bagus. Aku benci habuk dan tempat yang bersepah.
Pa: saya faham Tengku.
Ting!!
YOU ARE READING
𝐶𝐼𝑁𝑇𝐴 𝑇𝐴𝑁𝑃𝐴 𝑆𝐸𝑁𝐺𝐴𝐽𝐴
RomanceCerita ini mengesahkan tentang Hariz yang kena bekerja di bawah anak boss nya iaitu Tengku hazemi. Apa yang Hariz tak suka dari hazemi adalah dia suka buat sesuatu tanpa bincang dahulu dan itu membuatkan Hariz muak dengan dia. Tapi takdir berkata l...