Hazemi pov..
Aku sedang berehat di rumah. Disebabkan hari ni hari Ahad so aku cuti dan inilah masanya untuk aku berehat. Aku sekarang tengah menonton wayang sambil makan beberapa makanan ringan. Barulah syok bila ada benda nak mengunyah masa tengok wayang kan.
Cerita yang aku tengok ni adalah cerita john wick. Sape je tak kenal cerita tu memang popular lah. Aku suka tengok cerita ni sebab banyak aksi pembunuhan dan disebabkan aku suka darah so aku tengoklah cerita ni. Ouhh ye untuk pengetahuan rumah bapak aku ni ada wayang mini. Bentuknya sebiji macam wayang di mall dan cuma kerusinya diganti dengan kerusi yang berbentuk seperti katil. Boleh baring² so takdelah sakit pinggang asyik duduk je.
Screen besar tu ada dan sound pun memang kuat so memang syok lah tengok. Aku dah bagitau pada semua bibik kat rumah ni jangan kacau aku masa aku tengah menonton filem. Cerita dah mula beberapa minit lalu. Aku yang kyusuk pun tak menyedari apa yang berlaku di sekeliling.
Di luar rumah..
Terlihat sekumpulan lelaki masuk ke dalam rumah. Mereka berkumpul di ruang tamu. Salah seorang dari mereka merupakan ketua dari kelompok tersebut.
??: mana dia ni?
Masa dia tengah mencari seseorang lalu seorang bibik. Dia pun bertanya kepada bibik tentang orang yang dia cari. Dan bibik pun memberitahu di mana orang tersebut. Lepas dah tau dia terus ke tempat orang tersebut berada. Setibanya di depan pintu ruangan tersebut dia masuk dengan sangat berhati-hati.
Dia melihat orang yang dia cari sedang santai duduk sambil makan kerepek. Dia berdiri di belakang orang tersebut sambil mengacukan pistol betul-betul di belakang kepala. Dengan pantas orang tersebut terus membuat serangan untuk mempertahankan diri.
Ruangan tersebut gelap so tak nampak sape yang serang. Lepas lama berlawan akhirnya orang yang mengacukan senjata tadi terbaring di lantai dengan diacukan senjatanya sendiri oleh orang tersebut. Bila lampu dinyalakan baru boleh melihat sape orang tersebut. Dengan perasaan marah aku pun..
Aku: bodoh lah kau bang!
Rupanya orang yang serang aku tadi adalah abang aku sendiri dia ni memang mintak kaki betul.
??: hahahaha surprise!!
Aku: kau memang nak mampus ke apa!
Marah aku. Dia menghulurkan tangan minta aku menolongnya bangun tapi disebabkan aku tengah marah aku mengabaikan dia. Aku duduk semula di tempat aku. Dia bangun sendiri dan berdiri di sebelah aku.
Aku: bila kau sampai sini?
??: malam semalam.
Aku: kau apahal tetiba datang sini? Papa mama suruh ke?
??: tak lah.. lagipun bila aku dapat tau yang kau handle syarikat papa masa papa pergi buat rawatan aku terus pasang niat nak melawat kau.
Aku: terima kasih tapi tak perlu.
??: kau apa khabar? Sihat?
Aku: kau dah rasa kan penumbuk aku tadi so maksudnya aku sihat lah.
??: kau tengok cerita apa ni?
Aku: John wick
??: wow dengar macam seronok aku join sekali boleh?
Aku: suka hati kau lah bang.
Kitaorang menonton wayang sehinggalah cerita habis. Tamat je cerita aku terus keluar dari wayang mini ni dan lepak di ruang tamu. Terlihat orang-orang abang aku berkumpul di sana. Mereka bila melihat aku terus tunduk. Aku duduk di sofa sambil melihat tv langsung aku tak tegur diorang. Abang aku menghampiri aku dan berdiri depan aku.
YOU ARE READING
𝐶𝐼𝑁𝑇𝐴 𝑇𝐴𝑁𝑃𝐴 𝑆𝐸𝑁𝐺𝐴𝐽𝐴
RomanceCerita ini mengesahkan tentang Hariz yang kena bekerja di bawah anak boss nya iaitu Tengku hazemi. Apa yang Hariz tak suka dari hazemi adalah dia suka buat sesuatu tanpa bincang dahulu dan itu membuatkan Hariz muak dengan dia. Tapi takdir berkata l...