5

215 8 1
                                    

Di syarikat..

Selepas sahaja meeting masing-masing balik ke tempat masing-masing. Hazemi yang baru tiba di pejabatnya menyuruh Aidid aka PA nya untuk memanggil Hariz. Aidid yang akur terus buat apa yang disuruh.

Plan jahat hazemi dimulai. Hazemi duduk di sofa rehat yang ada di dalam pejabat ayahnya. Dia duduk sambil silang kaki. Dia pasang wajah sombong sambil membetulkan nada suaranya supaya terdengar menyeramkan.

Tok..tok..tok..

Hazemi: masuk!

Aidid masuk dengan Hariz disebelahnya.

Aidid: Tengku.. Encik Hariz menghadap

Hazemi: kau boleh keluar tinggalkan aku dengan budak hingusan ni

Aidid: baik Tengku.

Aidid keluar sebelum dia keluar dia mengisyaratkan kepada hazemi untuk tidak melakukan plan dia. Tapi hazemi buat tak tau. Lepas je Aidid keluar hazemi berdiri sambil memandang tepat kearah mata Hariz. Hariz dengan wajah selamba dia sambil memandang tepat kearah mata hazemi.

Hariz: Tengku ada apa panggil saya ke sini? Ada apa-apa masalah ke? 

Hazemi: memang ada masalah pun dari semalam lagi. Aku betul-betul tak puas hati dengan kau. Kau ingat kau bijak sangat ke ha!!

Tengking hazemi. Hariz masih lagi dengan wajah selamba dia. Langsung tak berubah takut sikit pun takde.

Hariz: baguslah kalau macam tu. Kalau Tengku rasa Tengku adalah orang yang pangkat lebih tinggi daripada semua staff kat sini maka Tengku kena ingat sebelum Tengku jejak kan kaki di sini ada orang yang lebih banyak pengalaman dari Tengku.

Panas telinga hazemi mendengarkan ucapan Hariz sebentar tadi.

Hazemi: wahh hebatnya kata-kata kau. Dengar sini ye budak. Aku anak boss kau tau. Syarikat ni syarikat bapak aku. Bila-bila masa je aku boleh buang kau dari sini.

Hariz:(tersenyum) hahahaha.. silakan Tengku buatlah saya nak tengok boleh ke tidak. Kalau Tengku nak tengok syarikat ni bankrup cuba buang saya dari sini.

Cabar Hariz dengan sangat berani.

Hazemi: sial!!

Hazemi menghempaskan cawan kaca ke lantai. Habis berkecai berkeping-keping. Hazemi terus kearah Hariz dan menarik kolar baju milik hariz. Dengan wajah yang merah menyala. Mata yang tajam dan aura yang dikeluarkan sangat dingin.

Hazemi: kau dengar sini baik-baik aku nak cakap ni budak. Aku akan pastikan sebelum aku keluar dari sini kau akan merempat tepi jalan. Jangan main gile dengan aku Hariz!

Hariz mula memasang wajah psycho dia dan dia pandang mata hazemi dengan sangat dalam.

Hariz: buatlah saya nak tengok. Eh Tengku hazemi dengar ni baik-baik saya pun mampu nak buat Tengku jatuh miskin. Jangan ingat orang macam saya tak berani.

Hariz terus merentap kolar bajunya dan keluar dari pejabat boss nya.

Hazemi: TAK GUNA KAU HARIZ!!! 

Jerit hazemi. Setibanya Hariz di meja nya dia terus duduk dan bersandar. Dia masih lagi dengan wajah tenang dia tu. Dia langsung tak takut dengan ugutan hazemi tadi. Sebab bagi dia..dia lebih berbahaya dari seekor singa dan lebih berbisa dari king cobra. Kata-kata dia sangat berbisa sekali dia bercakap pedih telinga mendengarnya.

Selepas beberapa minit dia menenangkan diri dia sambung buat kerja dia yang di terkendala tadi.

Waktu makan tengahari pun tiba. Seperti biasa hariz akan makan launch bersama dengan kawan-kawan dia. Kali ni diorang launch di dalam mall berdekatan dengan syarikat. Sebab Hariz tiba-tiba nak makan sizzling.

𝐶𝐼𝑁𝑇𝐴 𝑇𝐴𝑁𝑃𝐴 𝑆𝐸𝑁𝐺𝐴𝐽𝐴Where stories live. Discover now