Hazemi pov..
Hari ni aku rasa macam nak keluar tapi disebabkan aku ni kurang ada kawan so aku rasa aku macam nak ajak seseorang tau untuk temankan aku. Dan aku tau sape orang tu but masalahnya aku takut dia syak bukan-bukan bila aku tiba-tiba ajak dia keluar. Tapi aku akan cubalah call dia. Aku redha jelah kalau dia tolak pun.
Aku terus capai fon atas meja depan sofa. Tak tunggu lama terus aku cari nama "Hariz" dan terus call. Beberapa saat kemudian dia jawab.
Hariz: hello asalamualaikum Tengku
Aku: waalaikumussalam eh Riz aku nak tanya ni
Hariz: apatu Tengku?
Aku: kau free tak hari ni?
Hariz: why... Tengku ada nak ajak saya ke mana-mana ke?
Aku: aku fikir nak keluar but aku takde kawan nak ajak. So kalau kau tak keberatan aku nak ajak kau keluar.
Berdebar hati aku nak mengeluarkan kata-kata tu.
Hariz: emm sure boleh je. Bila?
Aku: emmm pukul 2 aku ambil kau kat rumah.
Hariz: ok kalah macam tu.
Aku: jumpa nanti bye
Hariz: baiklah bye.
Terus aku matikan panggilan. Mulut aku mula mengukirkan senyuman yang aku sendiri tak sedar yang itu berlaku. Tiba-tiba aku rasa sangat happy. So aku pun terus naik ke bilik dan stanby baju apa nak pakai nanti.
Skip 2 petang...
Aku melihat diri aku di depan cermin. Rambut dah aku ejas. Pakaian aku dah pilih yang terbaik dan perhiasan aku pilih yang mungkin bagi dia..dia suka melihatnya. Setelah aku rasa dah cukup hensem aku pun keluar dari bilik. Aku tak bawak bodyguard bersama sebab aku nak luangkan masa berdua. Cehhhh belom pape lagi dah sweet. Hahahaha...
Aku keluar dari rumah dan pakai kasut. Salah satu kasut kesayangan aku yang aku jarang pakai sebab aku hanya pakai beberapa kasut untuk majlis penting sahaja dan bukan untuk berjalan. Kalau nak berjalan ada banyak lagi kasut yang murah-murah yang aku ada.
Setelah pakai kasut aku pun ke garaj. Aku dah suruh salah seorang bodyguard untuk panaskan enjin kereta aku. Aku pun terus masuk dalam kereta sebelum gerak aku chat hariz dulu dan lepastu aku pun tekan minyak. Kereta yang aku bawak adalah jenama Porsche sport berwarna putih. Salah satu kereta kesayangan aku dari 5 buah kereta yang aku miliki.
Aku melajukan kenderaan aku sedikit untuk sampai awal supaya dia tak menunggu lama. Sampai sahaja aku di depan rumah dia belom sempat aku keluar dari kereta pintu pagar rumah terbuka. Dan muncullah Hariz dengan pakaian yang aku rasa cukup menawan hati. Dan kebetulan warna baju dia dengan warna baju aku sama iaitu warna putih. Ehhh kejap kereta aku pun warna putih. Memang ikut tema betul ye hari ni.
Lepas sahaja dia kunci pintu rumah dia berjalan mendekati pintu kereta seat depan . Aku pun buka tingkap.
Hariz: hai Tengku
Aku: hi masuklah
Dia buka pintu kereta dan masuk.
Hariz: wahhh cantik betul ye kereta ni. Porsche sport bukan kaleng².
Aku: ala kereta lama.
Hariz: lama pun still cantik.
Aku: kau dah makan tengahari ke?
Tanya aku tiba-tiba.
Hariz: belom sebab saya breakfast tadi makan nasi so saya tak berapa lapar sangat.
YOU ARE READING
𝐶𝐼𝑁𝑇𝐴 𝑇𝐴𝑁𝑃𝐴 𝑆𝐸𝑁𝐺𝐴𝐽𝐴
RomanceCerita ini mengesahkan tentang Hariz yang kena bekerja di bawah anak boss nya iaitu Tengku hazemi. Apa yang Hariz tak suka dari hazemi adalah dia suka buat sesuatu tanpa bincang dahulu dan itu membuatkan Hariz muak dengan dia. Tapi takdir berkata l...