22

134 2 0
                                    

Author pov

Beberapa hari kemudian...

Di syarikat..

Terlihat Hariz yang leka di depan komputer dengan beberapa fail di atas mejanya. Sangat berselerak dengan fail yang menimbun. Orang-orang yang lalu di sekitar mejanya bila tengok fail yang menimbun rasa kesian pada Hariz. Yelah sebab sejak bossnya takde dia yang akan buat 50% kerja bossnya.

Tapi Hariz sangat berbeza dari pekerja yang lain sebab dia tak pernah terlihat penat atau mengantuk menguap pun tak. Dan setiap beberapa jam akan ada seorang yang akan menghantarkan air kopi atas meja dia.

Hariz kalau buat kerja memang dia takkan tengok jam. Kadang-kadang dah masuk lunch pun dia tak perasan. Salah seorang kawan Hariz iaitu Fathi melihat Hariz dari kejauhan. Kadang-kadang dia rasa macam nak tolong tapi masalahnya itu bukan bidang dia.

So dia pun berjalan mendekati Hariz. Hariz yang buat kerja tak perasan yang kawannya sekarang berdiri di sebelah mejanya. Sehinggalah..

Fathi: weh Riz kau tak break dulu ke?

Hariz: tak..aku masih ok lagi. Kau takde kerja ke?

Fathi: tak..itu yang aku bosan. Aku nak tolong kau tapi..

Hariz: takpelah aku tak perlukan bantuan sesiapa aku boleh buat kerja ni sorang-sorang lagipun bukannya tak biasa. So jangan risau aku boleh buat ☺️

Fathi: tau yang kau boleh buat aku tak ragukan kebolehan kau. But kau kena ingat juga masuk je waktu lunch terus berhenti tau. Jangan buat kerja lagi. Nanti aku datang jemput kau.

Hariz: ok

Fathi pun pergi dari situ. Masa dia nak ke pejabatnya tiba-tiba dia terserempak dengan hazemi. Dia cuma bagi salam and pergi tapi dihalang oleh hazemi.

Hazemi: kau dari mana?

Fathi: saya dari tempat Hariz Tengku

Jawab dia sedikit takut yelah mana tak nya dia dah lah dikenali sebagai orang yang kuat merayau hahaha.

Hazemi: kau takde kerja ke?

Fathi: takde Tengku.

Hazemi: ouhh. Tadi kau cakap kau dari tempat Hariz kan?

Fathi: ye Tengku

Hazemi: dia lapang tak sekarang?

Fathi: tak Tengku sebab fail atas meja dia melambak Tengku dan saya rasa dia takkan berganjak dari tempat duduk dia selagi kerja dia tak settle.

Hazemi: ouhh macam tu ke. Ok² dah kau pi buat apa yang patut asalkan ada kerja.

Fathi: baiklah Tengku saya pergi dulu asalamualaikum

Lepas je fathi pergi hazemi memutuskan untuk pergi cek Hariz. Dia terus ke bahagian marketing yang tak jauh dari pejabat fathi. Sampai di sana dia melihat dari jauh keadaan meja hariz yang dikatakan fathi tadi.

Hazemi: banyak betul kerja dia.

Aidid: itu semua kerja tan sri Tengku.

Hazemi: ouhh..wow dia memang rajin orangnya. Tengok dia sekarang macam robot langsung tak hiraukan orang yang lalu lalang di sekeliling dia.

Aidid: pekerja cemerlang Tengku macam tulah gayanya. Lagipun encik Hariz adalah pekerja yang sangat dipercayai oleh Tan Sri dan tak mungkin dia akan buat kerja ala kadar je. Walaupun tan sri takde dua tetap akan buat kerja sama seperti Tan Sri ada dan memerhatikan dia.

Hazemi: aku kagum dengan cara dia bekerja dan cara pemikiran dia yang memikirkan lebih ke depan berbanding orang-orang lain. Dia bijak dalam menentukan hala tuju dia dan apa yang akan berlaku di masa akan datang.

𝐶𝐼𝑁𝑇𝐴 𝑇𝐴𝑁𝑃𝐴 𝑆𝐸𝑁𝐺𝐴𝐽𝐴Where stories live. Discover now