33

111 1 1
                                    

Keesokkan harinya..

Pagi...

Hariz terjaga dari tidurnya. Rasa lega sedikit badannya dan kepalanya. Tapi ada sesuatu yang membuatkan dia hairan. Dia dapat dengar degupan jantung seseorang. Dia pun cuba untuk mencelikkan matanya luas-luas. Dan tangannya mula meraba-raba untuk memastikan. Dan bila dia buat macam tu secara tidak langsung dia membuatkan seseorang terjaga.

Hazemi: dah bangun?

Hariz mendongak ke atas dan dia dapat merasakan mukanya dan muka hazemi sangat dekat. Barulah dia sedar yang dia rupanya baring atas dada bidang milik hazemi.

Hazemi: bukan main lena kau tidur atas dada aku masih baik ringan je kepala kau.

Hariz terus mengubah posisi baringnya dan dia baring di atas bantal. Hazemi menghadapkan badannya ke arah Hariz.

Hazemi: macam mana rasa badan hari ni? Ok?

Hariz:(angguk) dah rasa lega sikit.

Hazemi: baguslah. Pukul berapa sekarang?

Hariz melihat jam di dinding.

Hariz: 9

Hazemi: ouhh

Hazemi menggeliat dan dia mengubah posisi dari baring ke duduk dan bersandar di kepala katil.

Hazemi: aku dah cakap dengan Aidid yang kau cuti hari ni. So semua kerja kau nanti aku akan minta kawan-kawan kau yang uruskan.

Hariz:(angguk)

Hazemi: kereta kau pun aku dah suruh bodyguard aku bawak balik.

Hazemi meletakkan telapak tangannya di dahi Hariz dan dia dapat rasakan yang panas mula kebah.

Hazemi: kau nak sarapan tak?

Hariz:(angguk) awak masak ke?

Hazemi: taklah..kita sarapan kat luar lah. Ada kan kedai makan kat area ni

Hariz: ada je.

Hazemi: ok..jap aku bersiap.

Hazemi terus bangun dari katil dan masuk bilik air. Selang beberapa minit hazemi keluar dan dia capai baju dan pakai. Lepas hazemi keluar Hariz pulak masuk. Hazemi keluar dari bilik dan turun ke bawah. Hazemi ambil kunci kereta hariz untuk dia panaskan enjin.

Hariz keluar dari bilik air dan dia mencapai sweater yang tergantung dan pakai. Hariz mengambil begnya yang terletak atas meja dan terus keluar dari bilik. Sebelum keluar rumah dia akan pastikan yang kucing dia dah diberi makan dan air juga perlu diisi.

Hariz keluar dari rumah dan kunci pintu. Dia melihat yang hazemi dah tunggu dia dalam kereta. Hariz pun terus sarung selipar dan cepat-cepat masuk kereta sebab dia tak mau hazemi menunggunya lama. Masuk sahaja hariz dalam kereta hazemi terus tekan minyak dan kereta keluar dari kawasan rumah dan terus gerak.

Pintu pagar dia automatik nanti kunci sendiri.

Hazemi: ada bawak ubat tak?

Hariz: ada

Hazemi: bagus..nak makan kat mana ni? Aku mana tau kedai kat sini yang sedap mana satu.

Hariz: emmm nanti ada selekoh belok kiri tak jauh dari situ nanti ada satu kedai makan belah kanan. Kedai tu sedap saya selalu gak makan kat situ.

Hazemi: ouhh ok

Hazemi pun terus ikut apa yang Hariz cakap. Perjalanan mereka tak jauh pun cuma 30 minit je. Memang tak jauh pun dari rumah Hariz. Setibanya mereka di kedai tersebut. Kereta dah diparkir dan dimatikan enjin mereka pun keluar. Hazemi kunci kereta dan dia simpan dalam poket seluarnya. Dia memapah Hariz untuk berjalan sebab Hariz pun nampak macam terhuyung-hayang je kang tak pasal-pasal jatuh.

𝐶𝐼𝑁𝑇𝐴 𝑇𝐴𝑁𝑃𝐴 𝑆𝐸𝑁𝐺𝐴𝐽𝐴Where stories live. Discover now