Malam...
Tepat jam 8 malam masing-masing dah ada di ruang tamu. Tidak ada satu pun sofa yang kosong semuanya dah diduduki. Terlihat wajah masing-masing yang ada yang gembira, ceria dan ada juga yang cemas dan canggung.
Papa: so Hariz papa nak tanya
Hariz: ye tan sri
Papa: eh tak payahlah panggil tan sri. Panggil je papa ok? Kan kamu dah official masuk dalam family kami.
Hariz: baiklah papa
Papa: ni papa nak tanya. Selama hazemi mentadbir syarikat tu ok ke semuanya?
Hariz: arrr.. baiklah saya jujur memang pada awalnya agak susah kerana Tengku masih baru dan tak tau apa-apa lagi pasal kerja dia. Sampai satu tahap Tengku memang takde kerja sebab dia tak tau lagi so apa yang kita boleh buat? Tak boleh buat apa lah kecuali Tengku sendiri yang datang dan nak belajar.
Mama: mesti awal-awal tu kamu rasa bengang kan? Yelah dahlah boss lepastu tak buat kerja.
Hariz: adalah sikit. Tapi ada satu hari tu entahlah apa yang merasuki Tengku tiba-tiba je dia panggil saya datang pejabat dan suruh saya tunjuk ajar dia cara nak buat kerja.
Hazemi: sebab masa tu hazemi dah mula rasa tanggungjawab.
Papa: baguslah macam tu. So semuanya berjalan lancar tak?
Hariz: pada awalnya takdelah lancar mana tapi lama kelamaan dah semakin baik. Dan sepanjang Tengku ambil alih pentadbiran ada 4 duta dari beberapa negara datang untuk bergabung dengan syarikat kita. Dan itu satu sejarah buat kita kerana yelah tak sampai beberapa bulan duta-duta negara datang dan nak sign surat perjanjian.
Hazemi: masa tu hazemi dah bangga sikit hahaha. But now papa pun dah balik so sudah tiba masanya untuk hazemi serahkan semula jawatan CEO pada papa.
Papa memandang mama dan mereka tersenyum.
Mama: mama dengan papa sangat bangga dengan kamu. Kami sebenarnya tau apa yang berlaku sepanjang ketiadaan kami.
Hazemi: macam mana papa mama tau?
Papa: kamu ingat apa sebab abang kamu tiba-tiba balik? Untuk pantau kamu. Dan Aidid PA kamu tu adalah spy papa.
Hazemi: so maksudnya..
Papa: apa je yang berlaku di syarikat semuanya papa tau tanpa tertinggal sedikit pun.
Mama: dan kami tau apa yang terjadi antara kamu dan abang kamu.
Hazemi memalingkan muka ke tempat lain.
Mama: haihh mama tak tau apa yang membuatkan hati kamu sangat keras tapi kami yakin akan ada satu hari di mana hari tersebut kamu dan abang kamu akan berbaik
Hazemi: mimpi jelah
Papa: so annas.. siapa nama kawan baru kamu tu tadi?
Annas: ouhh namanya Firas.
Firas tersenyum bila namanya disebut.
Mama: kamu tinggal di mana Firas?
Firas: area Bangi puan Sri.
Mama: ouhh..apa pekerjaan ayah dengan ibu kamu?
Sebelum Firas buka mulut annas dah menyampuk.
Annas: mama..(geleng kepala)
Mama yang faham terus tukar topik.
Mama: so itu adik kamu?
Firas: ye puan Sri.
YOU ARE READING
𝐶𝐼𝑁𝑇𝐴 𝑇𝐴𝑁𝑃𝐴 𝑆𝐸𝑁𝐺𝐴𝐽𝐴
RomanceCerita ini mengesahkan tentang Hariz yang kena bekerja di bawah anak boss nya iaitu Tengku hazemi. Apa yang Hariz tak suka dari hazemi adalah dia suka buat sesuatu tanpa bincang dahulu dan itu membuatkan Hariz muak dengan dia. Tapi takdir berkata l...