14

147 4 0
                                    

Author pov..

Beberapa hari kemudian..

Hari ini merupakan hari di mana daddy Hariz membuat jamuan makan-makan di rumahnya. Hariz yang telah tiba di rumah daddynya malam tadi dan sekarang tengah menyediakan makanan di dapur. Beberapa orang pembantu rumah juga terlihat sedang sebuk menyiapkan makanan dan juga memasak.

Walaupun dah ada pembantu rumah tapi kehadiran Hariz sangat membantu kerana harizlah yang akan menyiapkan daddynya. Dari pakaian yang hendak di pakai dan sehingga perhiasan yang akan digunakan. Hariz dah seperti ibunya yang rajin dan juga bertanggungjawab. Bahkan Hariz lebih membantu daripada dua abangnya.

Abangnya masih tak sampai lagi kerana rumah mereka jauh dari rumah daddy. So memang akan makan masa sikit dengan nak menghadap jem lagi. So Hariz jelah yang akan buat semua benda. Hariz kali ni memang tak benarkan daddy nya buat kerja. Daddy nya cuma dibenarkan sambut tetamu sahaja. Hariz yang akan uruskan tentang makanan.

Menu utama semestinya nasi arab legend daddy Hariz dan juga ada menu sampingan macam bihun sup, kambing bakar, mushrooms  sup. Dan untuk pencuci mulut pulak ada brownies, aiskrim Malaysia, tat cheese, kek lapis Sarawak dan buah. Semuanya dalam kuantiti yang sederhana. Pencuci mulut semuanya order dengan orang. Makanan utama dan sampingan sahaja yang masak sendiri.

Lepas kerja di dapur selesai Hariz terus naik ke biliknya. Dia mandi untuk bersiap sebab dia dari bangun tidur memang tak mandi. Dia cuma gosok gigi dan cuci muka lepastu terus ke dapur untuk masak bersama pembantu rumah. Dia tak lihat lagi daddy nya di bilik adakah dah siap ataupun belum.

Lepas dia dah mandi dia keluar dari bilik air dan terus sarung pakaiannya yang dia dah siapkan dari malam tadi. Lepastu dia mencerminkan diri dia untuk menyikat rambut dan juga memakai hiasan. Bila dia dah rasa segak di depan cermin dia pun keluar dari bilik dia dan terus ke bilik daddynya untuk melihat-lihat.

Apabila dia masuk je dalam bilik daddynya. Terlihat daddynya sudah siap dengan pakaian yang telah Hariz siapkan untuk daddynya pakai. Hariz berjalan menghampiri daddy dan berdiri belakang daddy.

Hariz: amboi bukan main hensem. Daddy sapalah ni

Daddy menoleh dan tersenyum melihat Hariz.

Daddy: not bad baju melayu ni.

Hariz: of course. So tema kita warna dark blue. Hariz dah bagitau pada abang long dengan bang ngah. Tak taulah kalau diorang pun pakai baju melaju jugak ataupun t-shirt warna ni.

Daddy: (angguk) dah ada orang sampai ke?

Hariz: belom lagi. Jom lah duduk kat bawah nanti orang datang senang nak sambut.

Daddy: ok

Mereka berdua keluar dari dalam bilik dan turun ke bawah. Daddy duduk di ruang tamu sementara Hariz tunggu di luar.

10:30 pagi..

Terlihat dua jenis kereta parking berhampiran dengan pintu pagar rumah. Driver kereta keluar dari dalam kereta dan berjalan masuk ke dalam rumah. Hariz berdiri untuk bersalam dengan mereka. Mereka berdua adalah abang Hariz.

Hariz: nasib baik pakai baju sama warna. Lain design takpe. Jangan warna yang lain.

Ammar: itulah pasal. Malam tadi baru kelam kabut mencari. Ingatkan takde sekali ada pulak. Ok lah ni kan abang pakai kemeja

Hariz: eh ok je hensem lagi.

Muaz: daddy mana?

Hariz: ada kat ruang tamu. Pergilah salam daddy.

Muaz: baiklah.

Muaz dengan Ammar masuk dalam rumah untuk menyapa daddy mereka. Selang beberapa minit beberapa buah kereta mula mendatangi rumah. Kereta parking di luar pagar rumah. Tetamu dah mula datang. Hariz bersiap sedia untuk menyambut mereka. Tetamu yang hadir adalah saudara-saudara belah daddy dan mami Hariz.

𝐶𝐼𝑁𝑇𝐴 𝑇𝐴𝑁𝑃𝐴 𝑆𝐸𝑁𝐺𝐴𝐽𝐴Where stories live. Discover now