20

175 2 0
                                    

Author pov..

Hari Isnin..

Hariz telah bersiap untuk pergi ke rumah daddynya. Sebelum dia gerak dia ke dapur dan ambil bekal yang dia dah siapkan untuk di bawa bersama. Setelah dia ambil bekal dan beri kucing kesayangan dia makan macam selalu rutin dia. Dia pun keluar dari rumah dan pakai selipar.

Dia kunci pintu rumah dan terus ke kereta. Masuk sahaja dalam kereta dia tutup pintu dan terus gerak. Disebabkan dia dah panaskan enjin sebelum gerak tadi so takde masalah untuk dia terus menggunakan kereta selepas enjin dipanaskan.

Terlihat wajah dia yang macam selalu ceria dan senyuman tak lekang di bibir. Radio memurkan salah satu lagi kegemaran dia iaitu "like i do- Jay park". Sambil dia memandu sambil jari dia giat mengetuk stereng kereta mengikut rentak lagu tersebut.

Sebelum tiba di rumah daddy dia..dia singgah sebentar ke rumah salah seorang pak ciknya yang juga duduk satu kawasan dengan rumah daddynya. Hariz berhenti depan rumah. Kebetulan pulak pak ciknya sedang siram pokok.

Hariz: asalamualaikum pak cik

Pak cik: waalaikumussalam eh Hariz..nak ke rumah daddy kamu ke?

Hariz: ye alang-alang satu jalan singgah kejap rumah pak cik saja.

Pak cik: ouhh..eh ni macam mana dengan kerja kamu ok dah?

Hariz: alhamdulillah dah makin membaik pak cik. Lagipun Hariz dah dinaikkan pangkat so itu menandakan permulaan kehidupan Hariz menjadi lebih baik.

Pak cik: alhamdulillah lega Pak cik dengar.

Hariz: mak cik mana? Tak dengar pun suara dia?

Pak cik: mak cik kamu ke rumah mak cik Gayah dekat kampung sebelah.

Hariz: ouhh mak cik Gayah dah pindah?

Pak cik: dah 3 tahun

Hariz: ouhh yeke emm. Eh ni pak cik ambillah saya beli.

Pak cik: apa tu?

Hariz: buah..saya beli masa saya outstation seminggu lepas.

Pak cik pun ambil buah yang Hariz beri.

Pak cik: wahh nampak segar-segar buah mangga ni. Kuning lain macam mesti sedap.

Hariz: eh of course pak cik. Saya dah makan dah memang sedap. Jadi saya gerak dulu lah ye

Pak cik: ok² kirim salam kat daddy kamu tu.

Hariz: baiklah.

Lepas Hariz bersalam dengan pak ciknya dia pun terus gerak ke rumah daddynya. Tak sampai 10 minit Hariz dah sampai di depan pintu pagar rumah. Pengawal yang melihat kereta Hariz terus dia bukakan pintu pagar dan Hariz memarkir kan keretanya di sebelah kereta peribadi daddynya.

Hariz mematikan enjin kereta dan keluar. Dia disambut oleh salah seorang bodyguard yang mengawal di sekitar garaj.

??: selamat datang tuan Hariz.

Hariz: (senyum) morning

??: morning tuan

Hariz mengambil bekal yang dia bawak di seat belakang. Lepastu dia tutup pintu dan kunci kereta. Hariz berjalan ke pintu rumah diiringi oleh pengawal tadi.

Hariz: daddy ada?

??: tuan besar ada di ruang tamu tuan Hariz.

Hariz: ok

Hariz menanggalkan seliparnya dan masuk dengan memberi salam. Tak lama lepas dia beri salam terdengar dari jauh orang menjawab salam.

Hariz: Hariz datang ni

𝐶𝐼𝑁𝑇𝐴 𝑇𝐴𝑁𝑃𝐴 𝑆𝐸𝑁𝐺𝐴𝐽𝐴Where stories live. Discover now