Author pov..
Beberapa hari kemudian...
Hazemi datang ke syarikat seperti biasa. Dia melihat beberapa staff sedang berkerumun di sudut bangunan. Dengan rasa ingin tau dia pun terus ke sana. Dua bodyguard nya telah siap untuk memberikan laluan nanti.
Hazemi: kenapa semua berkumpul kat sini!
Tegas hazemi. Staff yang berkumpul tadi seketika berdiri tegak dan memandang kearah hazemi.
Hazemi: kenapa tak masuk pejabat lagi? Korang semua makan gaji buta ke apa?
??: s.. sebenarnya Tengku..
......
Hazemi masuk ke dalam pejabat papanya dan duduk di sofa yang berhadapan dengan cermin bangunan. Hazemi termenung seketika apa yang dikatakan salah seorang staff tadi membuatkan dia berfikir.
Flashback...
??: s.. sebenarnya Tengku berita pasal Tengku dengan bekas kekasih Tengku mula timbul di media sosial sekarang.
??: betul tu Tengku. Dan apa yang kami baca Tengku masih ada hubungan dengan salah seorang bekas kekasih Tengku.
??: betul ke apa yang kami baca?
End flashback...
Hazemi: siapa yang bangang sangat ungkit kisah lama aku! Padahal benda tu dah berakhir 4 tahun lepas. Aduhhh apa aku nak buat ni
Tiba-tiba pintu pejabat diketuk seseorang. Hazemi menyuruh masuk dan orang tersebut mengadap hazemi.
Aidid: Tengku selamat pagi.
Hazemi:(angguk) ada apa-apa yang perlu aku tau ke?
Aidid: (angguk) fist, Tengku kejap lagi pukul 10 ada meeting dengan Dato Shahrizat, pukul 3 pula dengan Tan Sri Syed Azman dan last pukul 5 petang ada perjumpaan dengan menteri sumber manusia di bilik meeting utama. Nanti semua ahli jawatankuasa ada sekali.
Hazemi: baiklah terima kasih kau dah boleh pergi kalau takde apa-apa lagi yang nak di cakapkan.
Aidid: Tengku tak apa-apa
Hazemi: aku ok..ni Hariz dah masuk belom pejabat?
Aidid: dah..saya baru terserempak dengan dia masa nak masuk lif.
Hazemi: kau tolong panggilkan dia.
Aidid: baiklah Tengku
Aidid terus keluar dan panggil Hariz. Selang beberapa minit pintu pejabat kembali di ketuk. Hazemi kali ni pergi sendiri untuk membukanya.
Hariz: Tengku panggil saya?
Hazemi terus tarik tangan Hariz masuk dan dia tutup pintu.
Hariz: ada apa tengku panggil saya? Ada apa-apa yang saya boleh tolong?
Hazemi tak bercakap sepatah pun melainkan dia berjalan mendekati Hariz dan terus peluk dengan erat. Hariz terkejut dengan tindakan hazemi yang "tiba-tiba".
Hariz: Tengku? Tengku ok tak ni?
Hazemi: kau janji dengan aku yang kau takkan tinggalkan aku?
Hariz: ye saya janji. Kenapa ni? What happened? Kongsilah dengan saya.
Hazemi diam untuk beberapa saat dan dia melepaskan pelukan. Dia memandang kearah mata Hariz dengan sangat dalam. Hariz bingung bila dipandang sedemikian. Hazemi memegang tangan sebelah kanan hariz dan membawanya untuk ke sofa. Hazemi menyuruh Hariz untuk duduk dan dirinya duduk disebelah.
YOU ARE READING
𝐶𝐼𝑁𝑇𝐴 𝑇𝐴𝑁𝑃𝐴 𝑆𝐸𝑁𝐺𝐴𝐽𝐴
RomanceCerita ini mengesahkan tentang Hariz yang kena bekerja di bawah anak boss nya iaitu Tengku hazemi. Apa yang Hariz tak suka dari hazemi adalah dia suka buat sesuatu tanpa bincang dahulu dan itu membuatkan Hariz muak dengan dia. Tapi takdir berkata l...