Hazemi pov..
Keesokan harinya..
Aku tiba di syarikat lebih awal dari biasa kerana hari ni aku dimaklumkan bahawa ada mesyuarat dengan beberapa CEO kompeni yang terkenal kat Malaysia. So aku sebagai tuan rumah kenalah tunjukkan adab yang baik kepada tetamu.
Aku dah arahkan beberapa staff untuk membuat sedikit sambutan nanti apabila ceo² syarikat tersebut datang. Dan aku suruh mereka juga untuk sediakan cenderahati untuk mereka jadikan kenangan yang "indah" apabila balik nanti.
Sampai je aku di syarikat aku melihat beberapa ahli jawatankuasa sedang berkumpul di satu ruang sofa. Aku pun teruslah ke arah diorang. Dari jauh lagi aku dah ucap "morning" saja nak buat diorang terkejut sebab masing-masing tengah sebuk berborak dan aku yakin diorang tak perasan aku datang kalau aku tak buat macam ni.
Diorang bila dengar je wish aku masing-masing terus menoleh dan memberi aku laluan untuk duduk di salah satu sofa. Aku pun buatlah muka serius kat diorang. Masing-masing senyap tak berbunyi. Now aku tengah tunggu Hariz dengan kawan-kawan.
Aku: bila diorang akan sampai?
Aidid: 8:30 mereka akan tiba Tengku.
Aku: baiklah.
Kata aku singkat. Sementara tu aku main fon dulu. Aku kalau pagi-pagi ni suka tengok berita ataupun baca berita. Sebab dengan aku buat macam tu aku akan dapat tambahkan lagi pengetahuan tentang isu semasa. Sebab berita pasal isu semasa pun sangat penting sekarang.
Di luar syarikat..
Terlihat sebuah kereta baru sahaja masuk melalui pintu pagar utama syarikat. Kereta yang berjenama BMW itu terus melaju ke tempat parkingnya. Setelah dia memarkir keretanya dia pun matikan enjin dan keluar dengan membawa beg di tangan kanannya. Selepas dia kunci kereta dia pun berjalan masuk ke dalam syarikat.
Masa dia masuk tu dia memandang kearah kanan dan dia melihat yang ada beberapa orang yg sangat dia kenal sedang berkumpul di sofa. Dia pun dengan rasa ingin tau terus ke arah sofa tersebut. Orang-orang yang melihat lelaki tersebut semuanya menyebut namanya.
??: eh encik Hariz dah sampai
??: bukan main segak lagi encik Hariz pagi ni.
??: orang kuat syarikat dah sampai.
Semua kata-kata tu menarik perhatian hazemi.
Aku yang mendengar ada orang yang menyebut nama Hariz automatik aku memalingkan wajahnya dari screen telefon. Dan yup itulah orang yang aku tunggu-tunggu. Secara reflek aku berdiri padahal aku yang paling berkuasa kat syarikat ni tapi aku tiba-tiba berdiri.
Hariz menghampiri aku dengan wajah yang ceria. Wajah yang sangat aku rindu ehhhh apahal aku nii. Sampai je dia di hadapan aku terus dia bersuara.
Hariz: morning semua
All: morning encik Hariz!
Hariz: morning Tengku 😊
Aku: morning ☺️
Semua orang yang ada kat situ memasang wajah yang seakan-akan terkejut bila lihat cara aku menjawab wish dari Hariz.
Hariz: Tengku buat apa kat sini? Kenapa tak masuk pejabat?
Aku: kan kejap lagi tetamu nak datang
Hariz: yelah kalau tetamu nak datang pun nanti encik Aidid akan beritahu awal pada Tengku. Lagipun lama lagi diorang akan datang. Right? (Pandang Aidid)
Aidid: betul tu encik Hariz.
Aku: ooo ok kalau macam tu. (Berdiri) Aku masuk pejabat aku dulu lah ye. Yang lain pun sama jangan melepak kat sini. Jom
YOU ARE READING
𝐶𝐼𝑁𝑇𝐴 𝑇𝐴𝑁𝑃𝐴 𝑆𝐸𝑁𝐺𝐴𝐽𝐴
RomanceCerita ini mengesahkan tentang Hariz yang kena bekerja di bawah anak boss nya iaitu Tengku hazemi. Apa yang Hariz tak suka dari hazemi adalah dia suka buat sesuatu tanpa bincang dahulu dan itu membuatkan Hariz muak dengan dia. Tapi takdir berkata l...