Hariz Pov..
Beberapa hari kemudian..
Aku membuat kerja aku seperti biasa. Semakin hari semakin menimbun fail yang aku kena semak dan sign. Tengku masih lagi tak boleh menandatangani apa-apa fail cuma dia boleh tanda tangan surat perjanjian sahaja. Dan itu pun tak semua kekadang dia suruh PA dia.
Aku tengah semak satu persatu fail. Tiba-tiba encik Aidid aka PA Tengku datang.
Aidid: encik Hariz
Aku: ye saya
Aidid: encik Hariz.. Tengku panggil untuk mengadap.
Aku: haihh baiklah kejap lagi saya datang.
Aidid: baiklah encik Hariz.
Aku segera mengemas sedikit meja aku. Fail yang aku semak aku biarkan terbuka atas meja. Lepastu aku berdiri dan mula berjalan ke pejabat CEO. Di tingkat atas cuma setingkat sahaja dari tingkat pejabat aku. Dia tingkat 30 aku 29. Sampai sahaja aku di depan pejabat. Aku ditahan sekejap oleh bodyguard dia. Lepas bodyguard dia beritahu yang aku datang. Aku dibenarkan masuk.
Aku cuba untuk tersenyum di depan Tengku walaupun aku tau aku takkan dibalas dengan senyuman juga. But aku kena mainkan watak aku sebagai orang yang ceria. Nak buat macam mana dapat watak macam tu. Kalau dapat watak gengster bolehlah aku pukul terus si Tengku ni. Tapi author bagi aku watak baik so aku kena jadi baik lah.
Aku berdiri di depan meja pejabat dia. Sementara dia memandang kearah belakang dengan cawan di tangannya.
Aku: Tengku.. Tengku panggil saya?
Dia pusingkan kerusi dia menghadap aku. Dengan muka yang biasa dan tatapan mata yang aku rasa mendung.
Hazemi: aku panggil kau ke sini untuk jadi peneman aku.
Aku:(pelik) ha? Peneman? Ke mana?
Tanya aku bertubi-tubi..
Hazemi:sabarlah aku terangkan lah ni..kau kena temankan aku malam ni ke majlis kawan aku. Dia anak Dato and yang datang majlis dia semua bawak gf dan isteri. Kau akan jadi assisten aku plus pasangan aku.
Aku: encik Aidid kan ada? Why saya?
Cakap aku tak puas hati.
Hazemi: dia ada kerja malam ni. So kau kena teman aku. Aku akan ambil kau kat rumah kau. Pukul 8 tepat aku sampai depan rumah. Kalau kau lambat aku heret kau keluar rumah faham.
Aku: faham
Jawab aku layu. Alahhh kenapa aku yang kena teman dia. Kenapa dia tak bincang dulu hal ni. Aku sekel kang kepala dia tu baru tau.
Hazemi: pakai cantik-cantik malam ni dear. Ramai orang yang akan memerhatikan kita malam ni. Kau dah boleh keluar
Aku: baiklah
Aku keluar dengan keadaan badan yang layu. Terus takde mood aku dibuatnya. Arghhh dia ni aku tak suka betul bila dia buat macam ni. Tapi aku pelik kalau ni. Tatapan dia dan nada dia bercakap dengan aku tadi lain tak macam selalu. Tak dingin dan kasar. Cuma tadi dia guna nada tegas tapi part yang "pakai cantik-cantik dear.." dia guna nada emmm seksi..
Dah² aku dah tak nak ingat pasal tu. Now aku kena sambung buat kerja. Kalau tak nanti lagi banyak kerja aku. Dah lah sekarang aku yang jadi salah seorang yang cek fail. Dulu boss ada dia yang buat dengan PA dia now aku yang kena buat.
Di tempat lain..
?? Boss bila kita nak buat serangan?
Boss: malam ni. Aku dapat kad jemputan dari seseorang. Dan mengikut firasat aku budak tak guna tu ada malam ni. Siapkan budak-budak kita. Pastikan malam ni dia mati jugak tak kira macam mana. Faham!
YOU ARE READING
𝐶𝐼𝑁𝑇𝐴 𝑇𝐴𝑁𝑃𝐴 𝑆𝐸𝑁𝐺𝐴𝐽𝐴
RomanceCerita ini mengesahkan tentang Hariz yang kena bekerja di bawah anak boss nya iaitu Tengku hazemi. Apa yang Hariz tak suka dari hazemi adalah dia suka buat sesuatu tanpa bincang dahulu dan itu membuatkan Hariz muak dengan dia. Tapi takdir berkata l...