Hariz pov..
Hari ini aku just duduk rumah sebab now hari Sabtu. Biasalah kalau tak ke mana aku duduk lah rumah sampai besok pagi. Kawan-kawan aku bz ada jemputan kahwin lah and macam-macam lagi. So malas nak ganggu. Bila aku duduk rumah ni biasalah rutin tiap pagi.
Siram pokok, bersihkan halaman belakang and depan rumah senang cerita aku buat semua kerja rumah. Yelah aku duduk sorang kan nak upah pembantu rumah tak mampu. Gaji aku je 10k tak mampu mat nak upah orang untuk buat kerja rumah. Lainlah bapak aku dengan abang-abang aku. Bukan setakat ada pembantu rumah siap ada guard kat rumah diorang.
Rumah banglo of course ada guard. Rumah aku rumah biasa je. So now aku kat laman belakang untuk siram pokok. Aku ni suka sangat bela pokok bonsai macam-macam jenis aku ada. Ada besar, kecik and sedang. Pokok bonsai ni kalau tak reti nak bela baik jangan tanam sebab rumit sikit. Cuba komen yang ada pokok bonsai di rumah.
Aku siram satu persatu pokok yang ada. Tenang bila lihat warna dari daun pokok-pokok yang aku tanam. Aku kalau stress buat kerja ofis aku akan duduk kat laman belakang dan lihat pokok-pokok yang aku tanam. Laman belakang aku ni juga ada kolam ikan dan macam tanam mini.
Sebab aku juga kena jimatkan ruang. Laman belakang aku ni takdelah besar tapi cukup untuk bina satu rumah sewa. Lepas aku menyiram pokok bunga aku masuk ke dalam rumah dan beri kucing aku makan. Memang rutin setiap pagi. Ouhh ye aku tak tunjuk lagi gambar rumah aku. So inilah dia..
Kecik je. Ini jelah yang aku mampu sewa bulan-bulan pun takdelah mahal sangat 2,300 je. Setakat ni duit sewa rumah tak pernah tertunggak atau tak bayar. Sebab aku selalu bayar tepat waktu. Zaman sekarang ni senang je bank in je tak susah pun tak perlu sampai tuan rumah datang depan rumah minta duit rumah macam dulu-dulu.
So lepas ni teman aku pi beli barang sikit aku nak masak sebab abang aku nak datang rumah. Dia baru call aku beberapa jam yang lalu. So aku bersiap dulu..
20 minit kemudian..
Aku kunci pintu rumah dan memakai selipar. Masuk sahaja dalam kereta aku terus tekan minyak sebab aku dah panaskan enjin sebelum aku mandi tadi. Dalam perjalanan nak ke pusat beli belah. Aku buka radio dan mendengar lagu yang diputarkan. Pagi-pagi lagi dah dengar lagu sweet². Layan punya layan tak sedar dah sampai.
Pagi ni nasib baik jalan tak sesak sangat. So tiba je di parking aku terus parking di tempat parking berbayar sebab malas nak pusing dua tiga kali menunggu parking buang masa aku nanti. Lepas kunci kereta aku pun masuk dalam pusat beli belah tersebut.
Aku terus ke bahagian yang perlu sahaja. Sebab bila dah sampai sini mulakan nak beli macam-macam kekadang barang yang tak perlu pun nak beli. So aku ambil bakul dan mula mencari bahan masakan. Aku bercadang nak masak nasi minyak dengan ayam masak merah. So aku terus ke tempat beras mencari beras untuk buat nasi minyak.
Tapi aku terjumpa satu produk yang menjual nasi minyak segera. Maksudnya semua bahan dah siap packing dalam satu beg. Wahh kalau macam ni mudah lah kerja aku. Aku ambil 3 pack beg nasi minyak segera tu. Next aku ke tempat ayam.
YOU ARE READING
𝐶𝐼𝑁𝑇𝐴 𝑇𝐴𝑁𝑃𝐴 𝑆𝐸𝑁𝐺𝐴𝐽𝐴
RomanceCerita ini mengesahkan tentang Hariz yang kena bekerja di bawah anak boss nya iaitu Tengku hazemi. Apa yang Hariz tak suka dari hazemi adalah dia suka buat sesuatu tanpa bincang dahulu dan itu membuatkan Hariz muak dengan dia. Tapi takdir berkata l...