Hazemi pov..
Malam..
Setibanya aku di hotel aku terus chek in bilik. Aku dah tau bilik mana dia duduk dan tingkat berapa sebab aku dah hantar orang aku untuk siasat dia dan dengan sekelip mata je aku dapat tau kat mana dia berada.
Aku ambil bilik VIP di tingkat paling atas hotel. Setibanya di depan bilik aku scan kad dan masuk. Emmm boleh tahanlah biliknya nampak mewah dan besar. Sebelum aku ke mari aku dah bagitahu pada Aidid yang aku tak masuk kerja 4 hari dan aku bagitau apa sebabnya but bukan sebab sebenar.
Aku letak barang-barang aku dan aku duduk di balkoni bilik aku. Rupanya baru aku perasan yang hotel ni dekat dengan pantai and masa aku kat kaunter tadi sebelum bla budak yang jaga kaunter tu bagitau yang malam ni ada pertunjukan di pantai and firasat aku kuat mengatakan yang Hariz dan budak-budak dia akan ke sana malam ni.
So aku pun masuk semula ke bilik dan mandi sebab 2 jam aku drive dari KL ke sini. Kalau aku tak mandi segera nanti badan aku akan gatal dan aku sangat rimas kalau gatal tu datang. So aku terus capai tuala yang di siapkan oleh pihak hotel dan aku terus masuk bilik air untuk mandi dan bersiap.
20 minit kemudian..
Setelah aku bersiap aku pun keluar dari bilik. Aku pakai pakaian biasa dan bukan formal. Sebab selalunya aku akan pakai pakaian macam orang pi pejabat. Aku bukan orang yang selekeh dan pakai ala kadar je. Bagi aku fesyen sangat penting bagi seseorang dan itu menunjukkan karakter orang tersebut.
Aku masuk dalam lif dan turun ke lobi. Hotel ni takdelah banyak tingkat sangat cuma 20 tingkat je. Dan nak sampai ke lobi dalam 7 minit macam tu. Setibanya aku di lobi aku terus keluar dari hotel dan berjalan ke pantai. Ala tak jauh pun belakang hotel je tak sampai 5 minit berjalan.
Sebenarnya aku bukanlah pergi berseorangan tapi aku bawak pengawal aku yang aku dah stanby dan mereka ada di merata tempat. Cuma aku je yang tak tegur sebab biarlah rahsia.
Sampai di pantai aku terus ke tempat pertunjukan. Pertunjuk sembur api yang akan di lakukan 2 orang. So aku pun berdiri berdekatan kerumunan orang yang mahu melihat pertunjukan tersebut. Aku tak tertarik pun dengan pertunjukan tapi tiba-tiba mata aku tertumpu pada seorang lelaki yang tengah menonton pertunjukan.
Aku dengan reflek terus keluarkan telefon dan mengambil gambar orang tersebut yang leka dengan pertunjukan yang sedang berlangsung. Aku tak tau kenapa aku buat macam ni tapi yang aku tau aku tenang bila buat macam ni. Ada something wrong dalam diri aku ke?
Lepas pertunjukan selesai semua orang mula beredar. Aku mengikuti salah seorang dari penonton tadi dari belakang. Terlihat dia sedang duduk berhadapan dengan pantai. Sambil kakinya bermain-main dengan pasir. Entah apa yang difikirkannya tapi aku dapat rasa yang dia macam ada masalah. Tapi aku pun ada masalah jugak kalau aku tetiba muncul. Takpe² aku tau apa nak buat.
Aku pergi ke kedai berdekatan dan membeli dua air kotak berperisa epal. Lepastu aku kembali kepada orang tersebut dan berdiri di belakangnya. Air kotak yang masih sejuk aku dekatkan di belakang lehernya. Terus orang tadi terkejut dan menoleh ke belakang.
Hariz: T.. Tengku!
Terlihat di wajahnya reaksi terkejut dan automatik dia melompat kebelakang.
Hariz: a..apa yang tengku buat kat sini!
Aku: Hei budak kau bertenag boleh tak? Nah ambik ni aku belikan untuk kau. Minum!
Aku menghulurkan satua air kotak kepadanya. Dia macam teragak-agak nak ambil tapi aku sabar menunggu dia ambil. Rasa nak baling je air kotak ni kat dia.
Hariz: thanks
Aku: no problem. Aku duduk atas pasir sambil melihat air pantai yang tenang.
Aku: kau ada masalah ke?
YOU ARE READING
𝐶𝐼𝑁𝑇𝐴 𝑇𝐴𝑁𝑃𝐴 𝑆𝐸𝑁𝐺𝐴𝐽𝐴
RomanceCerita ini mengesahkan tentang Hariz yang kena bekerja di bawah anak boss nya iaitu Tengku hazemi. Apa yang Hariz tak suka dari hazemi adalah dia suka buat sesuatu tanpa bincang dahulu dan itu membuatkan Hariz muak dengan dia. Tapi takdir berkata l...