6

238 6 0
                                    

Hariz pov..

3 hari kemudian..

Aku bersiap untuk pergi kerja sepatutnya aku cuti lagi sehari tapi disebabkan aku banyak kerja yang tak settle kan lagi so aku bercadang untuk start kerja hari ni. Luka aku pun dah semakin sembuh. Kulit di peha aku semakin membaik. Tapi hari pertama nak tidur dengan luka lagi perghhhh perit gile. Terseksa aku dibuatnya. Ujian kan nak buat macam mana dah takdir jadi macam tu.

Lepas siap aku sarapan sekejap cuma aku sempat makan buah je. Malam tadi sempat aku potong buah and letak dalam peti ais untuk disejukkan. Dan tak lupa juga bagi kucing aku makan. Kucing yang sangat aku sayang. Dua-dua kucing aku..aku beli and dua-dua nya sekali dari luar negara import. Seekor tu harga dia dekat 20K seekor lagi tu 50k sebab kuncinya besar. Bukan harimau ye.

Aku mengunci pintu rumah. Aku masuk dalam kereta dan terus gerak sebab aku dah panaskan enjin. Dalam perjalanan nak ke tempat kerja. Aku sempat lihat beberapa gerai tepi jalan yang buka. Aku rasa macam nak berhenti beli. Nasi lemak pun jadilah buat alas perut. Tapi bila aku fikir balik mesti kawan aku ada bawak sarapan untuk aku. Biasanya Alin yg rajin bawak sarapan ke tempat kerja ni. Dia masak and buat lebih dia bagilah aku sikit.

So aku pun hanya melewati sahaja gerai-gerai tersebut. Setibanya di syarikat aku berhenti di pondok guard dan buka tingkap. Salah seorang guard keluar dari tempatnya dan mendekati tingkap kereta.

??: selamat pagi tuan

Aku: selamat pagi Saiful.

??: lama tak nampak tuan datang ofis?

Aku: saya sakit sikit. Saya dapat mc 4 hari patutnya sampai besok tapi disebabkan kerja melambak so saya masuk hari ni lah.

??: ouhh baik².

Aku: kamu dengan patner kamu dah breakfast dah ?

??: dahh tuan.

Aku: ouhh baiklah. Saya masuk dulu.

??: baik tuan. Semoga cepat sembuh (tabik)

Aku hon pada dia. Aku terus ke tempat parking khas aku. Sejak aku dah naik pangkat aku dah ada private parking boss yang bagi. Aku betulkan tali leher dan cek beg kerja aku. Lepas dah ok aku matikan enjin dan keluar dari kereta. Lepas aku kunci kereta aku pun berjalan masuk dalam syarikat.

Masa aku nak masuk satu kereta berhenti betul-betul depan pintu utama. Aku memberhentikan langkah ku. Orang tersebut keluar dan tak lain tak bukan dialah Tengku hazemi. Aku bila nampak je muka dia terus sambung jalan malas nak layan dia. Layan pun takde guna sakit hati je dapat walaupun aku tak pernah ambil hati dengan apa yang dia kata kat aku.

Aku di tegur oleh beberapa orang staff. Aku pun senyum pada mereka. Kebanyakkan wish good morning dan aku membalas dengan perkataan yang sama. Aku terus ke lif. Aku tekan tombol lif dan beberapa saat kemudian pintu lif terbuka. Aku masuk dan tekan nombor tingkat pejabat aku.

Baru lif tu nak tertutup satu tangan yang menghalang. Aku fikir staff rupanya hazemi. Dia masuk sambil membuat muka emmm miang pun ada. Aku menjauh sikit dari dia bila dia berdiri berhampiran dengan aku. Suasana dalam lif hening. Aku atau dia tak keluarkan suara walau batuk sekalipun.

Tiba-tiba..

Hazemi: aku fikir pekerja cemerlang ni datang kerja setiap hari tanpa cuti. Rupanya aku silap pekerja cemerlang juga ponteng kerja kan.

Dahh mula dah dia cari pasal. Aku masih sabar dan diam.

Hazemi: macam manalah boss syarikat ni boleh bagi banyak pencapaian pada orang yang kaki ponteng macam orang sebelah aku ni. Kelakar betul siap jadi orang terpercaya boss pulak tu.

𝐶𝐼𝑁𝑇𝐴 𝑇𝐴𝑁𝑃𝐴 𝑆𝐸𝑁𝐺𝐴𝐽𝐴Where stories live. Discover now