RIAK resah Muadz dipandang pelik. Tapi ingin juga dia tahu cerita Muadz.
Kata Muadz dia telah menjumpai isterinya setelah berbulan-bulan menghilang tanpa khabar berita dan tanpa alasan yang dia sendiri tidak tahu.
"Alhamdulillah. Kau terserempak dengan dia kat mana Zim?" soal Fathur di dalam bilik kerja Muadz itu.
"Kat mall masa aku tengah jalan-jalan," jawab Muadz ringkas. Otaknya masih ligat memikirkan cara untuk berbaik dengan si isteri.
"Tapi itulah... dia sekarang dah tak seceria dulu. Dia macam... tak nak bercakap dengan aku. Aku risaulah... dengan dia tengah mengandung sekarang ni," sambungnya lagi. Matanya tetap merenung fail di atas meja kerjanya.
"Kau ada bincang elok-elok dengan dia pasal ni tak? Tanya dia apa yang patut?" Wajahnya serius memandang rakannya itu. Tak boleh dibiarkan ni! Tak mungkin dia melihat sahabatnya dalam keadaan begitu.
"Tak sempat nak berbincang betul-betul." Jawapan dengan nada malas diberi.
Terlintas satu kemungkinan di fikirannya. "Aku tak naklah suudzon tapi mungkin dia macam tu sebab ada orang ugut dia? Kita tak tahu apa yang dia lalui sepanjang kau tak ada dengan dia."
Otak terus ligat berfikir. Mungkinkah benar apa yang dikatakan Fathur? Meja ditepuk secara tiba-tiba olehnya.
"Betul, Fat. Aku ada jumpa surat ugutan kat perpustakaan rumah aku. Tak silap... tiga bulan lepas. Tapi takkanlah orang tu betul-betul nak mengugut..." Entah kenapa waktu itu dia tidak mengambil berat tentang surat itu.
"Orang zaman sekarang ni kalau mengugut, mereka ugut betul-betul. Mana ada mengugut saja-saja sebab nak dapat pistol mainan. Piew piew piew." Fathur meniru aksi seorang budak kecil yang sedang menembak.
Muadz di hadapannya menayang wajah pasrah. Sempat lagi temannya itu bergurau.
"Hehe... gurau... gurau. Dia tulis apa dekat surat tu?" Wajahnya bertukar serius kembali. Kedua tangan diangkat tanda menyerah.
"Aku tak ingat dengan jelas sangat sebab surat tu bukan satu aje. Yang penting surat-surat tu ada mengugut Himayah untuk tinggalkan aku dan aku ada jumpa jugak gambar aku makan dengan seorang perempuan." Bayang surat dan gambar tersebut cuba diingat kembali.
"Laku jugak kau rupanya, tak sangka pulak aku." Fathur menjuihkan bibirnya.
"Tahulah kau tak laku macam aku, tak payahlah cakap yang kau tak sangka. Terasa I tahu?" Muadz membalas. Pasrah sudah dia.
"Tapi kau makan berdua dengan perempuan lain tu dah kenapa?" Dia mendengar pun sebenarnya rasa ingin marah. Seorang suami makan berdua dengan perempuan lain? Memang cari nahas.
"Kau ingat aku murah sangat ke nak makan dengan perempuan lain macam tu aje selain isteri aku?" Dahi berkerut garang menanyakan itu. Memang taklah dia akan makan dengan perempuan lain.
"Lelaki pun ada nilai ke? Aku ingat perempuan aje." Kali ini bukan gurauan. Memang soalan betul. Dahinya berkerut hairan.
Selalunya dia dengar, perempuan murah, perempuan mahal. Tak pernah pula dia dengar lelaki murah atau lelaki mahal. Hm, baru tahu!
Melihat Fathur yang kebingungan, Muadz dengan pasrahnya menjawab, "Lantak kaulah, Fat."
"Tapi seriuslah lelaki pun ada nilai?" Gumamnya perlahan. Pipinya yang tidak gatal digaru sambil berfikir.
"Eh, apa-apa sajalah! Yang aku tak puas hati sekarang ni... kenapa kau makan dengan perempuan lain? Kalau aku jadi bini kau pun aku akan marah dan merajuk. Perempuan ni sensitif. Kau buat pulak macam tu, memang kenalah kau sekali." Tak pasal-pasal dia harus membebel pula pagi-pagi. Memang kenalah Muadz ni, siapa suruh buat hal?
"Itu semua tak dirancanglah. Kau ingat tak masa kita lepak ramai-ramai dengan dia orang Yazid? Yang kat restoran Fajr hari tu? Masa tulah perempuan tu datang tumpang duduk sebab meja semua dah penuh. Jangan tanya kenapa kau tak nampak sebab kau pun dah lari dah masa tu pergi kedai aiskrim. Yang lain pergi tandas dan ada yang nak basuh tangan." Jelas Muadz pula sebelum mulut sahabatnya sempat terbuka ingin bertanya.
"Lah? Masa tu ke? Patutlah aku tak nampak.... kau rasa siapa dalangnya?" Jeda sebentar.
"Entah kenapa aku rasa perempuan yang makan dengan kau tulah dalangnya. Mungkin dia sengaja plan semua tu. Kau tak pelik ke ada orang ambil gambar kau dengan perempuan tu secara tiba-tiba dan kemudian ugut isteri kau? Selalunya dalang semua ni adalah orang yang ditangkap bersama mangsa tu."
Sanggup Fathur menjelaskan teorinya. Mana taknya, dah selalu dia teman ibunya melayan drama. Kes-kes begini sudah jadi kes setiap drama yang ditonton. Sekali sekala mengeluarkan jurus kepandaiannya dalam kes cinta Muadz tak salah, kan?
"Haisy... astaghfirullahalazim, jangan suudzon, Fat. Lagipun perempuan tu pun aku tak kenal." Tidak mahu menambah dosa, dia menegur Fathur serta dirinya.
"Astaghfirullahalazim... bukannya aku nak suudzon, aku cakap apa yang aku fikir aje." Kepalanya digeleng berkali-kali membuang sangkaan buruknya.
"Aku tahu apa yang kau patut buat!" Jarinya dipetik selepas saja terlintas idea di otaknya. Muadz dipandang dengan senyuman penuh makna.
"Kau jangan bagi yang merepek merapu pulak. Kalau ya, kirim salam aje ya? Aku takkan ikut." Bukan tidak tahu, sahabatnya itu kadang-kadang lain sikit ideanya.
"Tak-tak... tak merepek punya. Kau cuba aje dulu. Nanti kalau menjadi, anak kau bagi aku jaga selama seminggu lepas aje dia lahir." Macam hendak pinjam baju sahaja dia berkata begitu. Keningnya dijongket berkali-kali.
"Amboi kau... senang betul kau cakap. Habis nanti siapa nak jaga dia, bagi dia makan? Baru aje lahir dah nak kasi kat kau, memang idea yang sangat tidak bernas." Laju kepala digeleng. Tidak terbayang dek akal. Permintaan pun... merepek betul!
"Kau mintak tu... macam tak pernah belajar kan? Mana ada baby yang berpisah dengan ibunya selepas lahir. Dia perlukan ibulah. Kau ni pun... sekurang-kurangnya tunggulah dia satu tahun ke." Dah kena mengajar sahabatnya ini pulak. Benda tu benda basic kut? Tak pernah dibuat orang bayi yang baru lahir dipisahkan dengan ibunya.
Meja berwarna coklat gelap itu ditampar kuat sehingga terenjut bahu Muadz. "Okey, setuju! Umur anak kau satu tahun, bagi aku jaga dia seminggu."
Terbeliak biji mata Muadz. "Kau ni biar betul?"
"Betullah! Takkan aku main-main pulak. Aku nak jugak merasa jadi ayah angkat." Wajah yakinnya ditayang dengan bangga.
"Okey, tapi kalau idea kau ni menjadi aje! Ada syarat jugak... sebelum kau jaga dia, kau kena belajar dengan aku dan Himayah cara jaga budak." Akhirnya dia pun setuju dengan permintaan Fathur.
"Aku okey aje..." Bahu kanannya dijongket.
YOU ARE READING
Malaikat tak terduga
RomanceMuadz Hazim x Himayah Haseena Himayah Haseena, seorang wanita sebatang kara yang bekerja sebagai pelayan di restoran untuk menyara dirinya sendiri. Suatu hari dia mendapat pekerjaan yang sudah lama diimpikan. Dan di sanalah dia menemukan seorang jej...