BAB 5

22 4 0
                                        

TALI leher dihulur kepada Himayah. Himayah dengan senang hati mengambil tali leher berwarna hitam itu dari tangan suaminya lantas memasangnya dikolar baju kemeja putih yang dipakai oleh Muadz.

"Abang ada meeting ke hari ni?" Soalnya dengan tangannya sibuk membetulkan tali leher itu.

"Nope, hari ni ada temuduga. Temuduga untuk jadi P.A abang."

"Bestnya dapat jadi P.A abang. Ima kerja kat situ dulu tak sempat pun nak jadi P.A abang, tiba-tiba kahwin." mulutnya dimuncungkan sedepa.

"Abang tak bagi malaikat abang kerja bukan saja-saja, sayang. Abang minta maaf kalau abang nampak macam mengongkong sayang atau halang sayang dari capai impian sayang. Abang nak sayang banyak berehat saja, kalau sayang kerja nanti sayang letih. Jadi abang ingat biar abang saja yang kerja. Malaikat abang nak kerja balik ke?"

Himayah mengetap bibirnya rapat, jawapan suaminya sedikit sebanyak menimbulkan rasa bersalah di hatinya kerana dia yang mula membangkitkan isu soal kerja. Dengan cepat dia memeluk tubuh Muadz dengan kuat.

"Maafkan Ima kalau kata-kata Ima tadi menyakitkan hati abang. Ima tak ada niat pun. Ima tak akan kerja kalau itu yang buat abang gembira. Ima okey aje duduk rumah, boleh fokus jaga abang dan uruskan rumah. Ima tak nak jadi isteri derhaka." Dia mula menunduk bersalah lalu didakap tubuh Muadz erat.

Tangan Muadz tidak bergerak membalas pelukan Himayah. Sengaja ingin menyakat isterinya sebelum pergi kerja. Merasakan ada hentakan dilantai, Muadz masih dengan keinginannya tidak bergerak. Bibirnya diketap rapat supaya tidak mengeluarkan bunyi.

"Abanggg..." rengek Himayah, kakinya dihentakkan di atas lantai seperti kanak-kanak yang mahu gula-gula dari ayahnya.

"Okay... okay, sorry. Abang saja je nak menyakat sayang," gelak yang ditahan tadi sudah berubah menjadi permintaan maaf. Terus dipeluk tubuh Himayah.

"Hmphh... tak baiklah, Ima dah takut dah," beritahu Himayah dengan nada manjanya.

Jari Muadz bergerak mencubit hidung mancung Himayah.

"Malaikat abang takut apa?" Kedua-dua keningnya diangkat berkali-kali.

"Tak ada apalah." Tangannya mengusap kedua bahu suaminya, membuang kedutan di baju.

"Dah, siap dah!"

"Encem tak suami sayang ni?" Saja mahu bermanja dengan isteri.

"Nak jawapan jujur ke jawapan jaga hati?" Riak wajahnya selamba. Hendak menyakat suami di pagi hari. Kalau Muadz boleh sakat dia tadi, kenapa dia tak boleh?

"Oh, abang tak encemlah ni? Okey abang faham, abang memang tak encem pun." Tangannya tetap tidak lepas dari badan Himayah. Muka dibuat-buat sedih.

"Eleh... nak merajuk? Merajuk lah." Sengaja mengusik Muadz. Bukan selalu. Nak jadi isteri derhaka sekejap. Eh astaghfirullahalazim, tak baik. Tapi sekali sekala saja. Jangan ikut ya.

"Hmph... tak nak kawan." Dia ni pun tak nak kalah dengan bini.

"Yakah?" Tanyanya dengan riak pura-pura terkejut.

"Tak nak kawan tapi tangan macam kata lain aje, abang." Kening diangkat memandang suaminya. Bukannya dia tidak tahu, suaminya itu bukan boleh merajuk lama-lama. Lima belas minit pun tak sampai kalau nak merajuk.

Buktinya? Ketika dia tinggalkan Muadz tidur seorang diri pun tak lama dia merajuk. Bukan susah pun nak pujuk dia.

Tangan tetap tidak lepas memeluk Himayah malah makin dipeluk erat.

"Tak nak pujuk orang ke?" Rajuknya dengan kepala yang dipalingkan ke tempat lain.

Kening Himayah hampir bertaut. Mula dah dia buat-buat merajuk! Kalau tak dipujuk sekarang, betul-betul merajuk karang dia. Himayah mempamerkan riak wajah pasrah.

"Baiklah suamiku sayang. Jangan merajuk, boleh? Nak pergi kerja dah ni." Kedua tangannya menekup pipi Muadz. Mengada!

"Macam tak ikhlas aje panggilan sayang tu," rajuknya lagi. Bibir sengaja dimuncungkan. Himayah memandangnya terkejut. Nak yang manja lagi ke?

"Baiklah raja yang bertakhta di hati sayang. Imam sayang sampai bila-bila, bakal ayah kepada anak-anak kita, syurga sayang selamanya. Permata hati, pengarang jantung. Merajuk lagi ke?" Wajah Muadz dipalingkan ke kiri dan kanan olehnya dengan menekup kedua pipi Muadz. Keningnya diangkat meminta jawapan dari Muadz.

Sengihan perlahan-lahan mula terkoyak di bibir Muadz. Malu dipanggil sebegitu sekali. Namun, sudah pasti gembira rasa di hatinya. Sehingga merah merona pipinya.

Kan dah kata, senang je nak pujuk pakcik tua ni. Taklah susah mana. Astaghfirullahalazim, terkutuk pula.

"Nak abang berhenti merajuk ke?" Pertanyaan yang sangat tidak masuk akal itu menaikkan lagi rasa nak gomol Himayah pada Muadz.

"Ikut abanglah. Nak terus merajuk ke tak." Jawapannya membuatkan riak muka Muadz berubah jadi masam.

"Hehe, gurau jelah... tak payahlah masam sangat muka tu. Janganlah merajuk ucuk acam saya. Muah ciked." Dikucup sekilas pipi Muadz. Semakin merah pipi Muadz dibuatnya.

"Tak merajuk lagi, kan?" Manja intonasi yang digunakan untuk memujuk sang suami.

"Tak merajuk dah. Abang mana boleh merajuk lama-lama kalau dengan malaikat abang." Almari baju di bilik mereka menjadi tempat di mana matanya tertumpu.

"Elelele... malu-malu pulak dia." Kedua tapak tangan Himayah laju menarik muka Muadz menghadapnya semula.

"Nak pergi kerja dah ni. Nanti lambat pulak." Diingatkan lagi pada suaminya.

"Oh halau abang eh? Okey, abang faham."

Dah kenapa dia ni? Tiba-tiba nak merajuk aje kerjanya pagi ni. Nak makan hati apa pasal?

"Iiihhhh... bukanlahh. Bukan nak halau. Abang ni janganlah merajuk je memanjang. Mengadalah! Karang Ima merajuk balik baru tahu." Bukan tak nak melayan tapi takut dia lewat pergi kerja. Kalau dipotong gaji Himayah tak nak bertanggungjawab.

"Hahahaha..." Pecah tawanya tak ingat dunia.

"Nak mengada pun tak olehh. Tak kemana pun syarikat abang tu, jangan risau. Abang bos." Eh, lupa pula suami dia ni bos! Tahulah dia bos, tak makan gaji tapi membayar gaji pekerja. Tapi jangan nak buat ikut suka saja.

Pinggang Muadz dicubit.

"Aduh! Hahahaha..." Dalam mengaduh kesakitan pun masih lagi boleh gelak.

"Ingat sikit akhirat kalau gelak tu. Ni macam tak ingat dunia dah Ima tengok." Ambil kau! Setepek!

"Ya-ya... Abang minta maaf. Janganlah marah, sayang." Terselit pujukan dalam maafnya.

"Tak marah pun lah." Selamba nada yang digunakan
Himayah.

"Good girl. Abang nak gerak dah ni. Malaikat abang elok-elok tau kat rumah." Kepala Himayah diusap perlahan lalu dikucup lama.

"Ya, abang. Jangan risau."  Lembut sahaja jawapan diberi. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Muadz.

Sebaik sahaja sesi bersalaman selesai. Muadz segera membelah jalan raya dengan pacuan empat roda miliknya. Toyota Vios.

Malaikat tak terdugaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang